in ,

Lip Lap Ria Raya! KWC Fashion Wholesale Sediakan Koleksi Terbesar Baju Raya Di Malaysia

KWC Fashion Wholesale dengan bangganya mempersembahkan Lip Lap Ria Raya 2025, satu kempen yang meriah dan penuh warna-warni, berlangsung dari 1 hingga 30 Mac 2025. 

Diinspirasikan daripada permainan video ikonik era 90-an, kempen ini menampilkan corak visual piksel bertemakan motif songket tradisional dengan menggabungkan kedua-dua elemen ini serta diserlahkan lagi dengan cahaya neon. 

Mulai bulan Mac, pengunjung akan menerima ganjaran eksklusif sebagai tanda penghargaan atas perbelanjaan mereka di KWC Fashion Wholesale. 

Hadiah eksklusif ini termasuk sampul duit Raya edisi terhad KWC serta set pinggan seramik Lebaran yang sesuai digunakan untuk menyajikan hidangan lazat semasa berbuka puasa mahupun rumah terbuka Raya. 

Pengunjung boleh menggabungkan sehingga tiga resit pembelian untuk menebus hadiah di Kaunter Khidmat Pelanggan yang terletak di aras G.

Selain itu, pengunjung juga akan dihiburkan dengan pelbagai acara menarik sepanjang kempen ini, termasuk persembahan tradisional dan kontemporari seperti muzik Gamelan, Angklung, Caklempong, dan Kompang.

Sebagai pelengkap pengalaman membeli-belah yang meriah, pengunjung boleh menikmati persembahan khas daripada artis terkenal seperti Ani Mayuni, dan Iskandar Projector, yang akan diadakan setiap Ahad sepanjang bulan Ramadan.

Persembahan khas Aisha Retno akan menjadi kemuncak acara, menambahkan lagi kemeriahan dan glamor pada hari tersebut.

Dalam pada itu, pengunjung juga merasai kemeriahan Bazar Ramadan di KWC, yang dibuka setiap hari dari jam 3:00 hingga 7:00 petang.

Pengunjung boleh menikmati pelbagai hidangan enak seperti Nasi Arab, Shawarma, Takoyaki, dan Pani Puri.

Bazar KWC Fashion Wholesale menawarkan pelbagai pilihan makanan, sesuai untuk berbuka puasa dalam suasana yang meriah dan penuh kehangatan.

KWC Fashion Wholesale juga bekerjasama dengan Persatuan Penduduk Sri Selangor untuk menyemarakkan semangat Ramadan melalui pengagihan Bubur Lambuk serta tajaan pakaian Raya untuk keluarga Asnaf dari Iltizam Relief Society dan anak-anak yatim dari komuniti setempat.

Sebagai kemuncak program ini, Sharifah Shahirah akan menemani anak-anak dan keluarga dalam sesi membeli-belah Raya, di mana mereka berpeluang memilih sendiri pakaian perayaan mereka, menjadikan detik ini lebih istimewa dan bermakna. 

Lebih menarik, program ini juga akan diserikan dengan persembahan istimewa daripada kumpulan nasyid Saujana, yang akan memeriahkan suasana dengan alunan lagu-lagu nasyid yang indah.

Ditulis oleh Muhd Firdaus

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Disifatkan Biadab, Netizen Gesa Unfollow Imran Bard Beramai-Ramai – “Semoga Dapat Muhasabah”

Perfume Paradise & Abam Panda Agih 300 Ekor Ayam Buat Warga B40 Sempenan Ramadan