Jika sebelum ini Melodi dikenali dengan gaya klasiknya, kali ini program hiburan popular TV3 itu tampil dengan perubahan yang agak ketara.
Bukan sekadar menukar rupa, Melodi kini hadir dengan konsep yang lebih santai dan moden, sesuai dengan selera penonton masa kini yang mahukan kandungan lebih segar dan pantas.
Melodi, Kamal Adli dan Ain Edruce.
APA
Program Melodi tampil dengan perubahan termasuk hos, studio dan segmen baharu.
BILA
Bermula 16 Julai 2026.
DI MANA
TV3 dan Tonton.
KENAPA
Untuk memberi pengalaman tontonan lebih segar dan sesuai dengan citarasa penonton masa kini.

Kamal Adli Sertai Ain Edruce
Perubahan paling jelas sudah tentu kehadiran Kamal Adli sebagai hos baharu yang akan bergandingan dengan Ain Edruce.
Kamal yang sebelum ini lebih dikenali sebagai pelakon kini mencuba sesuatu yang berbeza, dan ramai yang tertarik untuk melihat bagaimana dia mengendalikan program hiburan secara langsung.
Ain pula kekal dengan gaya bersahaja dan menghiburkan, jadi gabungan mereka dijangka memberi suasana lebih hidup dalam setiap episod.

Kandungan Lebih Terkini
Melodi juga tidak lagi hanya memberi tumpuan kepada gosip selebriti semata-mata. Kini, kandungannya lebih luas merangkumi dunia filem, drama, muzik, fesyen dan gaya hidup.
Pendek kata, sesiapa yang ingin mengetahui perkembangan terkini dunia hiburan tempatan boleh mengikuti semuanya dalam satu program ini.

Segmen Muzik-Muzik 41 Jadi Tarikan
Satu lagi tambahan menarik ialah segmen Muzik-Muzik 41 yang akan berkongsi perkembangan carta lagu tempatan setiap minggu.
Penonton juga boleh terlibat secara langsung melalui undian untuk menentukan lagu mana yang layak ke pentas Anugerah Juara Lagu (AJL).
Selain itu, Hot FM turut bekerjasama sebagai rakan radio rasmi menerusi segmen Carta Juara Lagu yang bersiaran setiap Ahad bersama Keymi.
Melodi kini bersiaran secara langsung setiap Khamis, jam 9 malam di TV3, dan boleh juga ditonton melalui platform Tonton.



GIPHY App Key not set. Please check settings