in ,

Dikecam Riak, Abiejam Buka Mulut Isu Hantaran RM1 Juta

Usahawan dan personaliti media sosial, Abiejam, tampil menjelaskan bahawa video tular mempelawa wanita menjadi isterinya dengan tawaran hantaran RM1 juta hanyalah gurauan semata-mata dan bukan sesuatu yang perlu dipandang serius.

Menurut Abiejam atau nama sebenarnya Mohd Khairul Nizam Wahiddin, kandungan berkenaan dihasilkan sebagai hiburan di samping memperkenalkan perniagaan emas yang diusahakannya, namun tidak menyangka ramai netizen mengambilnya secara serius sehingga mencetuskan pelbagai reaksi.

BUZZ RINGKAS
SIAPA
Usahawan dan personaliti media sosial, Abiejam.

APA
Menjelaskan video mencari isteri dengan hantaran RM1 juta hanyalah gurauan.

BILA
Selepas videonya tular di media sosial.

DI MANA
Shah Alam.

KENAPA
Bagi menjelaskan salah faham serta menafikan dakwaan menunjuk kemewahan.

Hanya Gurauan Untuk Promosi Perniagaan

“Sebenarnya video cari isteri dan hantaran RM1 juta itu sekadar gurauan dan hiburan bagi memperkenalkan perniagaan emas saya.

“Kalau ada yang terasa atau salah faham, saya minta maaf dari hati. Tak sangka pula ramai yang ambil serius bila bab berkahwin ini sedangkan itu sekadar gurauan saja,” katanya.

Tidak Terkesan Dengan Kecaman

Mengulas mengenai pelbagai komen yang diterimanya, Abiejam mengakui dia tidak berkecil hati dengan kecaman atau penghinaan yang dilemparkan netizen.

“Saya tidak terasa hati dengan komen netizen yang berbaur kecaman dan penghinaan apabila saya bergurau mengenai soal perkahwinan ini.

“Cuma saya pelik mengapa ramai suka bertanya soalan yang sensitif dan membuat pelbagai andaian,” luahnya.

Mahu Wanita Yang Ikhlas

Dalam masa sama, Abiejam menjelaskan dia tidak meletakkan harta sebagai ukuran untuk mencari pasangan hidup.

Sebaliknya, dia hanya mengharapkan seorang wanita yang ikhlas serta mampu menerima dirinya sebagai seorang orang kurang upaya (OKU).

“Saya mungkin tak mampu berjalan, tetapi mampu mencintai, menghargai dan membahagiakan wanita yang Allah takdirkan untuk saya.

“Ciri-ciri wanita pilihan saya mudah sahaja, baik hati, penyayang, ikhlas, memahami dan menerima keadaan saya sebagai seorang OKU,” katanya.

Hantaran RM1 Juta Bukan Lambang Kemewahan

Abiejam turut menafikan dakwaan kononnya dia sengaja menunjuk kemewahan menerusi tawaran hantaran RM1 juta.

Menurutnya, jumlah tersebut hanyalah simbol kesungguhan seorang lelaki untuk memikul tanggungjawab dalam perkahwinan, bukannya untuk bermegah dengan kekayaan.

“Nilai hantaran itu bukan untuk menunjuk-nunjuk, sebaliknya simbol kesungguhan dan tanggungjawab. Ramai menilai kemampuan seorang lelaki hanya berdasarkan fizikal atau pandangan luaran.

“Soal hantaran hanyalah simbol. Yang lebih penting ialah keikhlasan, kesetiaan dan bagaimana seorang suami menjaga maruah serta kebahagiaan isterinya.

“Jadi, wang hantaran RM1 juta itu bukan soal angka, sebaliknya mesej bahawa saya serius terhadap institusi perkahwinan,” tambahnya.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Akaun Sosial Media Hussain Hilang?

Madani Greatlink Masuk Dunia Filem, Pertaruh Tiket Sehala Untuk Perkukuh Jenama