KL Convention Center, Kuala Lumpur menjadi lokasi pertunjukan fesyen Bulan Bintang, Sedekad Menyinar, bagi meraikan ulangtahun kesepuluh jenama ini.
Pertunjukan ini mempersembahkan koleksi raya “ready-to-wear” (RTW) untuk keluarga, yang menawarkan pelbagai pilihan pakaian seperti baju melayu dengan potongan berbeza, serta set pakaian sedondon untuk wanita dan kanak-kanak dalam lebih 70 warna.

Koleksi terbaru Bulan Bintang turut memperkenalkan baju melayu dengan tiga pilihan potongan iaitu Slim Fit, Tailored Fit, dan Traditional Fit, menggunakan kain yang lebih ringan, sejuk, dan lembut. Pakaian ini dijahit dengan kemas untuk keselesaan sepanjang hari. Bulan Bintang juga menawarkan saiz sehingga 8XL serta pelbagai pilihan kurta, menjadikannya jenama yang inklusif.
Pertunjukan fesyen ini turut menyaksikan selebriti terkenal seperti Datuk Rosyam Nor, Datuk Remy Ishak, Shukri Yahaya, Syafiq Kyle, Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Johan Ghazali, dan Hannah Delisha sebagai model. Barisan duta istimewa seperti Zahiril Adzim, Ain Edruce, Zahirah MacWilson, Aiman Hakim Ridza, Mimi Lana, Dato’ Ramli MS, Dato’ Jalaluddin Hassan, Joey Daud, Zamarul Hisham, Sabri Yunus, dan Angeline Tan turut memeriahkan acara ini.









Pengasas Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi, menyatakan rasa syukur atas pencapaian jenama ini yang terus berkembang dan kekal berdaya saing selama sepuluh tahun. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada sokongan rakyat Malaysia serta usaha berterusan dalam meningkatkan kualiti dan perkhidmatan pelanggan.


Bulan Bintang memberi penghargaan kepada pembeli setia mereka dengan pelbagai hadiah menarik, hasil kerjasama dengan jenama-jenama besar seperti GB Gold yang menawarkan jongkong emas 1kg, tiket penerbangan percuma selama setahun dari AirAsia, RM150,000 duit raya dari Hausboom, dan banyak lagi. Terdapat juga Biskut Raya Edisi Khas yang boleh didapati di 7 Eleven seluruh Malaysia, satu inisiatif yang tidak pernah dilakukan oleh jenama fesyen tempatan lain.




Selain daripada itu, pertunjukan ini turut diserikan dengan persembahan nyanyian dan tarian dari Zeppo Youngsterz Dancer, Datuk Jamal Abdillah, dan Bunkface. Acara ini juga menyaksikan pengumuman pemenang Bulan Bintang Next Top Model, yang melibatkan finalis berusia 40 hingga 70 tahun dari kalangan orang awam. Pemenang membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM10,000 yang ditentukan melalui undian juri dan penonton.




Azzim menyasarkan untuk menjual sebanyak 1.5 juta helai pakaian bagi kempen Sedekad Menyinar ini, dan mengajak orang ramai untuk membeli koleksi raya Bulan Bintang di 15 butik rasmi di seluruh negara, atau melalui platform TikTok sebagai rakan kerjasama strategik jenama tersebut. Penghantaran seluruh Malaysia diuruskan oleh Ninjavan sebagai rakan logistik rasmi.
GIPHY App Key not set. Please check settings