in ,

Kongsi Video Promote Lip Balm, Netizen Simpati Lihat Penampilan Terkini Faisal Halim – “Kasihan Faisal…”

Setelah hampir setahun insiden disimbah asid, pemain bola sepak Selangor FC, Faisal Halim tampil dalam satu video menunjukkan penampilan terbaharunya.

Menerusi perkongsian di akaun TikTok isteri Faisal, atlet berusia 27 tahun itu dapat dilihat sudah pulih sepenuhnya daripada luka melecur tahap empat selepas disimbah asid sulfurik pekat.

Apa yang lebih menarik, Faisal turut mempromosikan satu produk pelembap bibir yang dijual oleh isterinya, Nur Syazwani.

@nrsyxzwny

Orang first approved Glowyserumlips ni @faisal halim ❤️ lelaki pun boleh pakai tau. Go order now!

♬ Nurcinta unreleased – Amir Masdi

Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen masih menzahirkan rasa simpati terhadap nasib Faisal.

Untuk rekod, Faisal sebelum ini cedera disimbah asid di sebuah pusat beli belah di Damansara, Selangor pada 5 Mei 2024.

Susulan kes itu, seorang lelaki berusia lewat 30-an yang merupakan suspek kedua berjaya ditahan dan direman pada 7 Mei bagi membantu siasatan.

Terdahulu dilaporkan, seorang lelaki berusia 20-an ditahan di Pandan Indah namun dia telah dibebaskan kerana tidak mempunyai sebarang kaitan dalam kes jenayah tersebut.

Doktor mengesahkan pemain berusia 26 tahun itu mengalami kelecuran tahap empat akibat disimbah asid sulfurik pekat.

Ditulis oleh Muhd Firdaus

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

2 Pereka Fesyen Datuk Seri Vida Cedera Diserang Jurugambar, Punca Masalah Peribadi

Tular Video Cik Epal & Jofliam Perang Mulut, Netizen Naik Muak – “Dua-Dua Sama Perangai”