Cef pizza terkenal, Jofliam sekali lagi mencuri tumpuan warganet selepas videonya berkelahi dengan bekas isteri, Cik Epal tular di media sosial.

Menerusi perkongsian di Platform X, dapat dilihat Cik Epal atau nama sebenarnya Murni Mahmud ‘bertekak’ dengan Jofliam ketika menziarahi anaknya yang sedang sakit di hospital.
Cik Epal juga turut didengari menyifatkan Jofliam sebagai penipu dan ‘kaki pusing’.
“Kaki pusing lepas tu dia lupa. Orang menipu memang suka lupa!” getus Cik Epal.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa kurang senang dengan sikap kedua pempengaruh berkenaan yang dikatakan suka ‘menjaja’ masalah peribadi di media sosial.

Sekadar info, Cik Epal dan Jofliam mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata yang bernama Han dan Yuki.
Rumah tangga mereka walau bagaimanapun bergolak selepas Jofliam didakwa curang dengan pembantu peribadi ketika pergi bercuti di Jepun bersama pasukannya, Pizza Wagyu Jofliam.
Pasangan itu bagaimanapun berpisah setelah sedekad melayari bahtera perkahwinan bersama.
GIPHY App Key not set. Please check settings