in ,

Filem Aksi “Felino” Menyusuri Kisah Penganiayaan Haiwan, Tayang 2026

Filem aksi terbaru yang berjudul Felino bakal memukau penonton pada tahun 2026, dengan elemen penuh aksi dan kesedaran sosial mengenai penganiayaan haiwan.

Diterbitkan oleh Aida Othman dari Art Ornament Sdn Bhd bersama Mr Yogisan Vijayamogan daripada Heartwork Pictures Sdn Bhd, filem ini menampilkan pengarah berbakat, Areel Abu Bakar, di kerusi pengarah.

Aida Othman, penerbit filem Felino

Felino berangkat daripada idea asal Aida Othman, yang tercetus selepas beliau melawat sebuah tempat perlindungan haiwan di Ulu Langat. Kes-kes penganiayaan haiwan yang semakin berleluasa telah memberikan ilham kepada Aida untuk menghasilkan filem yang mengangkat isu tersebut ke layar perak.

Filem ini akan menampilkan barisan pelakon hebat, antaranya Shaheizy Sam, Dato Adi Putra, Andy Teh, Fifi Azmi, Shaukat, dan ramai lagi. Mereka bakal membawa watak-watak menarik dalam sebuah jalan cerita penuh dengan aksi yang mendebarkan.

Bermula dengan penggambaran yang dijadualkan pada Ogos 2025, Felino dijangka akan menemui penonton pada tahun 2026. Dengan gabungan kisah yang menyentuh isu kemanusiaan dan aksi luar biasa, filem ini pasti akan mencuri perhatian ramai.

Saksikan bagaimana Felino tidak hanya menghiburkan, tetapi juga membawa mesej yang mendalam tentang empati terhadap haiwan dan perlunya kita bersuara dalam memperjuangkan hak mereka.

Ditulis oleh The Buzzer/Editor

Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Ala Joget Raya Bersama Razak A’ai, Khaleesi, dan Mortal Rhyme. Sentuhan Moden Dalam Tradisi Raya

Rahsia Awet Muda Didedahkan: Jojie Lancar Semanis