in ,

(TV3 FAMILI DUO 4) Misteri Didi & Thamiera ‘Hilang’: Koyak Gara-Gara Komen Mas Idayu?

Tema dangdut minggu kelima yang dipilih Mas Idayu menyaksikan persembahan duo sepupu, Didi Astillah dan Thamiera, memberikan segalanya di atas pentas. 

Keluar dari zon selesa, Didi dan Thamiera mungkin telah melampaui batas dengan mempersembahkan sehingga tiga lagu, iaitu Bang JonoGoyang Dumang, dan Senggol Senggolan, Cubit Cubitan, yang masing-masing dipopularkan oleh Zaskia Gotik, Cita Citata, dan Mas Idayu. 

Ternyata, dangdut bukanlah kekuatan utama mereka, dan keputusan mereka untuk mempersembahkan tiga lagu bertentangan dengan pendekatan peserta lain yang kebanyakannya hanya membawakan dua lagu. 

“Awak tak perlu bawa sampai tiga lagu seolah-olah awak penyanyi dangdut profesional. 

“Nyanyi satu lagu pun sudah mencukupi, mummy rasa mesejnya akan lebih sampai. Mummy sendiri pun tak mampu menyanyikan begitu banyak lagu sekali gus,” kata Mas Idayu.

Meskipun menerima pujian atas tahap energi tarian dan semangat yang ditonjolkan dalam persembahan mereka, perhatian utama tertumpu kepada nyanyian yang digambarkan sebagai membunuh, hancur, dan tiada identiti. 

“Penurunan malam ini sangat ketara. Energi mereka hebat, mereka boleh menari, tetapi kesilapan terbesar adalah pada nyanyian mereka yang ketinggalan jauh dan terkejar-kejar. 

“Vokal mereka juga bermasalah, dengan pitching yang teruk. Kali ini, mereka memang tersilap langkah dengan memilih terlalu banyak lagu,” getus Mas Idayu.

Mengulas tentang dakwaan bahawa gaya kritikannya membuatkan Didi Astillah dan Thamiera hilang tidak kunjung tiba, Mas Idayu menjelaskan tindakan yang dilakukan hanya atas dasar teguran.

“Mummy marah sebab mummy sayang. Ini program TV, dan kadangkala emosi itu terkeluar sendiri.”

Mas Idayu

“Itu cara mummy menunjukkan kasih sayang mummy pada mereka. Kalau mereka rasa mahu balik sebab merajuk, mummy tak boleh buat apa-apa. 

“Ini program terbuka yang disaksikan ramai orang. Mereka tahu sejak awal lagi yang mummy adalah juri, dan mereka tetap memilih untuk masuk. Jadi, mereka harus menerima segala yang datang bersama keputusan itu,” jelasnya.

Ditulis oleh Muhd Firdaus

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Bawa Keluarga Tunaikan Umrah, Netizen Doa Fattah Amin Jumpa Jodoh Di Mekah – “Semoga Mendapat Jodoh Yang Baik”

Berat Badan Turun, Netizen Teka Shaheizy Sam Bakal Muncul Filem Baru – “Ada Petanda Kalau Sam Kurus…”