in ,

‘Upload’ Gambar Tak Berbaju, Netizen Tak Keruan Tengok Badan Idzham Ismail – “Gugur Iman Saya”

Pelakon, Idzham Ismail mencuri perhatian netizen setelah memuat naik beberapa keping foto di akaun media sosialnya.

Menerusi hantaran di TikTok, dapat dilihat aktor tersebut berkongsi gambarnya berada di sebuah gym berserta kapsyen ‘kerana kecewa aku kurus’.

Namun apa yang menarik perhatian adalah foto Idzham yang tidak mengenakan pakaian menunjukkan bentuk badannya yang tegap.

Posting berkenaan dibanjiri dengan komen-komen ‘dahaga’ netizen yang tidak keruan melihat tubuh badan pelakon berusia 36 tahun itu.

“Mantap,”

“Gugur iman saya bang,”

“Dari dulu sampai sekarang, tetap handsome,”

“Sedap.”

Sekadar info, Idzham pernah mendirikan rumah tangga dengan Abilah pada Ogos 2016 dan mereka memiliki dua orang cahaya mata bersama iaitu Nur Sofea Inara, 7, serta Muhammad Idrus, 4 tahun.

Pada 4 November lalu, Mahkamah Rendah Syariah Klang Selangor mengesahkan lafaz cerai yang dibuat oleh Idzham terhadap Abilah pada awal Oktober.

Ditulis oleh Muhd Firdaus

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Mesra Bersama, Netizen Sokong Syed Saddiq Kahwin Dengan Bella Astillah – “Bagai Pinang Dibelah Dua”

Isu Juri Tak Boleh Menyanyi, Aishah Beri Pandangan – “Yang Penting Juri Mesti…”