Pelakon Rita Rudaini memberi reaksi terhadap keputusan Kementerian Pendidikan (KPM) yang memansuhkan sistem peperiksaan terhadap murid sekolah disebabkan mahu mengurangkan tekanan kepada murid.

Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram Story, pelakon Mami Jarum itu berpendapat keputusan memansuhkan peperiksaan seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) adalah kurang baik sebaliknya silibus yang harus diperbaiki.
“Peperiksaan tu tak stress, yang stress tu silibus. Tolong jangan beratkan silibus anak-anak.”
Rita Rudaini
“Peperiksaan patut dikekalkan, silibus mengarut itu yang patut ditukar.
“Bukan murid-murid je yang stress. Dengan mak pak sekali stress. Tak tau nak ajar satu hal. Cari duit lebih nak bayar cikgu tuisyen, satu tekanan pada ibu bapa,” ujarnya.

Dalam pada itu, Rita turut bersimpati dengan nasib warga pendidik susulan pemansuhan peperiksaan tersebut pada 2022.
“Nak jadi menteri kena dengar rintihan rakyat. Setiap kali tukar menteri, dasar pendidikan negara pun bertukar.
“Cikgu-cikgu belum sempat nak hafal dan hadam sistem yang lama. Dah tukar yang lain pula.
“Payah-payah mansuhkan sekali SPM untuk elak murid stress.
“Kita ibu bapa ni yang tertekan. Cikgu-cikgu tak tahu lah rasa macam mana,” tutupnya.
UPSR mula diperkenalkan pada 1988 dengan tujuan asas pada ketika itu adalah 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul.
PT3 pula mula dilaksanakan sejak 2014 bagi menggantikan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).
Kedua-dua peperiksaan itu dimansuhkan pada 2022.
GIPHY App Key not set. Please check settings