in ,

Shaheizy Sam, Syatilla Jual ‘Pelaris Cinta’ Demi Kasih?

Sudah lima tahun pasangan selebriti ini mengikat tali perkahwinan sehingga dikurniakan dua cahaya mata dan sempena menyambut ulang tahun mahligai bahagia yang dibina, Shaheizy Sam, 38, dan Syatilla Melvin, 30, meraikannya secara ‘live streaming’ di Facebook Sam dan YouTube Sam Tilla TV malam tadi (8 Februari 2021).

Ternyata tempoh PKP bukan penghalang bagi pasangan ini berkongsi kegembiraan bersama peminat masing-masing sekali gus memperkenalkan produk sulong pertama mereka berdua yang diberinama ‘Pengaseh’.

Wow! Bijak mereka memilih nama untuk produk minuman jamu ini yang dibuat khas untuk kaum wanita sebagai ‘pelaris cinta’ dengan tagline ‘rasa perawan dan janda’ lagi huhu…

Apa pun, pada ‘Malam Virtual Pengaseh’ yang berlangsung dengan norma baharu, mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan seiring Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),  Sam dan Tilla mengundang Ain Edruce sebagai pengacara manakala Kaka Azraff selaku penyanyi undangan.

Riuh rendah suasana apabila Ain Edruce dengan usikan serta guraunnya yang spontan menjadikan acara dipenuhi dengan aktiviti menggamatkan khususnya ketika mengendalikan sesi ‘game’ bersama lebih kurang 685 penonton di mana pemenang bertuah berpeluang bercuti bersama Sam dan Tilla di Golden Sands Resort by Shangri-la, Penang.

Bila percutian tu tak pula disebut mereka waima berita terkini yang diterima sebahagian besar hotel-hotel ternama di pulau mutiara itu sudah pun ‘gulung tikar’ sepenuhnya mahu pun sementara waktu.

Tak apa lah barangkali selepas pandemik COVID-19 ini selesai dan rentas negeri sudah boleh dilakukan baharulah senang hati nak bercuti ya tak? Namun yang menang itu perlu sabar menanti ya..

Lebih istemewa lagi, majlis menyambut ulang tahun perkahwinan Sam dan Tilla turut meraikan sambutan kelahiran Syatilla yang ke 30.

“Saya ingin berkongsi kenangan terindah dan momen selama 5 tahun kami berkahwin, saya tahu ia jangka masa yang singkat tetapi ia amat bermakna untuk kami, apatah lagi setelah kami membuat keputusan untuk mengeluarkan produk bersama Pengaseh, banyak saya dan Tilla kongsikan dari segi idea pengasilan produk, cara pemasaran dan sebagainya,” ujar Sam.

Bagi Syatilla atau lebih mesra disapa Tilla, beliau melahirkan rasa syukur dapat meraikan ulang tahun perkahwinan dan hari jadinya sekali gus bersama peminat.

“Di usia ini, saya sangat bersyukur kerana dikurniakan sebuah keluarga yang serba lengkap, suami yang banyak memberikan dorongan serta perniagaan yang saya ceburi bersamanya, mendapat respon yang baik. Saya berharap dengan adanya Pengaseh ia akan terus menjadi pengikat kasih sayang kami dan membuka peluang peminat untuk berkongsi rezeki terutama bagi yang sama-sama ingin berjaya dalam perniagaan.”

Tentu ada yang tertanya-tanya kenapa menghasilkan ‘Pengaseh’?

Jika korang nak tahu Tilla ni rupanya seorang yang mengamalkan pengambiran jamu sejak berusia 15 tahun lagi.

Dek kerana mahu berkongsi rahsia kebahagian rumah tangga mereka yang dibina pada 8 Februari 2016, penghasilan Pengaseh diumpamakan sebagai salah satu resepi magis keharmonian rumah tangga kekal selama ini.

Menurut Tilla atau nama lengkapnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, Pengaseh dihasilkan daripada ramuan terbaik hasil pengalaman sendiri yang mengamalkan jamu sedari usia belasan tahun. 

Klik pada gambar untuk ke IG.

“Saya sendiri boleh rasa impaknya dari zaman bujang hingga sekarang. Bayangkan, saya rasa lebih bertenaga termasuk mampu rasa perbezaan daripada segi dalaman apatah lagi selepas berkahwin dan melahirkan anak,” ceritanya.

“Benar, hubungan seksual amat penting dalam rumah tangga. Ia kunci kekal bahagia,”  tambah Tilla.

Pengaseh diadun dengan variasi bahan terdiri daripada Chaste Beri, Pueraria Mirifica, Serapat, Kelopak Ros, Kolagen, Manjakani, Kacip Fatimah dan Sirih yang setiap satunya memiliki khasiat signifikan terhadap kesihatan. 

Klik pada gambar untuk ke IG.

Minuman jamu ini berfungsi bagi membantu mengawal hormon yang tidak seimbang, membantu penghasilan kolagen bagi memberi hasil kulit tegang, membantu menegangkan payudara yang kendur, membantu mencerah kulit serta sekata, membantu mengurangkan keputihan wanita dan membantu kitaran haid teratur. 

Ia dijual dengan harga RM69.00 sebotol untuk Semenanjung Malaysia dan RM73.00 (Sabah/Sarawak). 

Jadi jika korang nak cuba atau pun mahu menjana pendapatan sebagai ejen bolehlah layari laman rasmi  www.pengaseh.com

Tahniah Sam & Tilla!

Ditulis oleh The Buzzer/Editor

Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Marilyn Manson di Festival Aftershock

Penyanyi Phoebe Bridgers Dakwa Marilyn Manson Miliki “Rape Room”

Tambah 45 episod baharu, ini 7 trivia menarik drama ‘Angkara Cinta’!