in ,

Jantung Azlee Senario Kritikal, Tersumbat 99%, Perlu Pembedahan Segera.

Pelawak dan pelakon Azlee Jaafar telah dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) semalam setelah disahkan mengalami sumbatan pada saluran darah di jantungnya.

Aslinda Ayob, isterinya, mengungkapkan bahawa Azlee, kini dirawat di Unit Penjagaan Koronari (CCU) untuk pemantauan selepas menjalani prosedur angiografi dan pemasangan stent.

Doktor mengesahkan saluran jantung Azlee tersumbat sebanyak 99 peratus dan prosedur pemasangan stent telah dilakukan segera.

Aslinda berkongsi bahawa suaminya mula menunjukkan tanda-tanda seperti berpeluh dan sesak nafas selepas bekerja pada petang semalam.

Dia membawa Azlee ke klinik apabila keadaannya kritikal, dan kemudian dihantar ke IJN atas arahan doktor.

Terdahulu, pelawak Ropie memuat naik berita tentang Azlee di entri Instagram. Melalui hantaran tersebut, Ropie berkongsi gambar Azlee berada dalam ambulans.

Rakan mereka, Ropie Cecupak, meminta doa dari orang ramai untuk kesihatan Azlee selepas mendapat rawatan.

Ditulis oleh Aina Azman

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Pembunuhan, Konspirasi, dan Percintaan: ‘Red Swan’ Debut 3 Julai di Disney+ Hotstar

G-Dragon Big Bang Dilantik Sebagai Profesor Khas di Universiti Korea Selatan