Kumpulan kugiran, Insomniacks yang popular dengan lagu-lagu berkonsep galau tampil buat pertama kali dengan lagu raya sendiri.
Menurut Iqie, Lagu Raya hasil ciptaan oleh Yuka Kharisma sangat menghiburkan dan mudah untuk diingati
“Secara peribadi, saya rasa ini adalah lagu raya yang paling senang untuk dihafal dan dipelajari.
“Jika ada pelajar yang perlu membuat persembahan sempena Hari Raya, lagu ini sangat sesuai untuk didendangkan. Ia begitu mudah namun sangat menghiburkan,” kata Iqie.

Pertama kali tidak terlibat dalam proses pembikinan lagu, sekumpulan lelaki kacak ini mengambil masa yang singkat untuk merakamkan lagu tersebut.
“Oleh kerana lagu ini dicipta sepenuhnya oleh Yuka, kami hanya perlu memasukkan vokal sahaja.
Proses rakaman berjalan dengan sangat lancar dan kami hanya perlukan sekitar 20 hingga 30 minit sahaja untuk menyelesaikannya.
Kami senang bekerja dengan Yuka dan ingin mengucapkan terima kasih kerana memberikan karya ini,” tambah Iqie.

Lagu Raya kini boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, KKBOX, Deezer dan YouTube Music mulai 7 April jam 12 tengah malam, manakala music videonya pula boleh ditonton di laman YouTube Insomniacks.
GIPHY App Key not set. Please check settings