in

Isteri Tak Setuju Aliff Syukri Keluar Lagu Raya Baru, Doa Minta Jauh – “Aku Tak Nak Dengar”

Isteri kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida menzahirkan rasa kurang setuju sekiranya suaminya mahu mengeluarkan lagu raya.

Perkara itu dikongsi sendiri oleh Shahida atau nama lengkapnya Nur Shahida Mohd Rashid di TikTok selepas seorang warganet meninggalkan komen bahawa terdapat khabar angin berkaitan Aliff Syukri yang bakal mengeluarkan lagu raya baharu tahun ini.

“Mama (Datin Seri Shahida) dengar-dengar tahun depan (2025) Papa (Aliff Syukri) nak buat lagu raya?” tulis netizen.

Membalas kepada komen tersebut, Shahida berdoa agar supaya dijauhkan daripada perkara berkenaan kerana tidak mahu kontroversi lalu berulang kembali.

“Jangan Ya Allah, mohon Ya Allah Ya Tuhanku jauhkanlah aku daripada lagu raya, aku tak nak dengar!”

“Korang jangan provoke Mama, Mama tak suka, ini mendatangkan kemarahan. Berani dia nak buat lagu raya tahun ni?!

“Mama tak nak cakap banyak sebab Mama tengah marah, jangan tanya Mama soalan lain berdasarkan provokasi okey. Tak nak dengar lagu raya!” ujar Shahida.

@shahidadherbs2

Replying to @h tolong yang jangan sebut sebut lagu raya ni. Trauma mama pun tak habis lagi. Kita sembang pasal tudung je. Senang pakai,tak perlu gosok kain selesa sangat. Tekan bag kuning

♬ BGM with a cute atmosphere(819050) – Kobaken Film

Sekadar info, tahun lalu Datuk Seri Aliff Syukri teruk dikritik netizen selepas memuat naik klip video berjudul Love Raya memaparkan sekumpulan lelaki berkelakuan aneh dan tidak sopan pada Ramadan.

Susulan itu, Aliff memohon maaf dan bertindak memadam semula video berkenaan dan memberitahu pelancaran lagu berikut hanyalah sekadar gimik.

Ditulis oleh Muhd Firdaus

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Hanya Gimik, Netizen Kecewa Khabar Angin Percintaan Amira Othman & Fattah Amin Sekadar ‘Marketing’ – “Kami Nak Sah”

Beli Hartanah Di Usia Muda, Netizen Kagum Pencapaian Mierul Aiman