in , ,

Kolaborasi Insomniack, Nabila Taqiyyah ‘Belum Mulai’

Kolaborasi Malaysia dan Indonesia, kumpulan band, Insomniacks, bekerjasama dengan Nabila Taqiyyah dalam single terbaru mereka Belum Mulai.

Single ini menarik kerana Nabila menunjukkan sisi lain dirinya sebagai penyanyi melalui lagu yang berunsur band manakala buat Insomniacks, ini merupakan lagu Bahasa Indonesia pertama mereka.

Kolaborasi pertama Nabila dan Insomniacks.

Menurut Insomniacks, Nabila seorang yang professional dan mengakui bakat nyanyian yang dimiliki olehnya.

“Rasanya sangat senang dan terhormat. Nabila adalah orang yang menyenangkan untuk
diajak berkolaborasi kerana profesionalisme tinggi beliau semasa rakaman dan pembuatan
video muzik.

“Dia sangat berbakat dan dari pertama kali kami mendengar suaranya untuk lagu
ini, kami merasa dia menjadi elemen penting dalam lagu ini dan syukur dia bersedia untuk
terlibat,” ujar anggota Insomniacks.

Dari kiri, Danial, Iqie dan Iskandar.

Menurut Nabila pula, ini merupakan kolaborasi pertamanya dan berkongsi bahawa proses pembikinan lagu berjalan lancar.

“Pastinya sangat gembira kerana ini adalah kolaborasi pertama saya dan lebih istimewa lagi bersama kumpulan dari Malaysia.

“Seluruh proses produksi berjalan lancar dan menyenangkan. Saya harap semua pendengar dapat menikmati lagu ini seperti kami menikmati seluruh proses pembuatannya,” kata Nabila.

Nabila Taqiyyah berasal dari Indonesia.

Belum Mulai” mengisahkan tentang seseorang yang harus merelakan cintanya pergi walaupun cinta tersebut belum bermula.

Lagu ini menggambarkan perasaan seseorang yang harus melepaskan orang yang disayangi kerana pelbagai sebab walaupun kisah cinta mereka belum bermula.

Sekadar info, Nabila adalah bekas naib juara program realiti popular di Indonesia iaitu Indonesian Idol musim ke-12 pada 2022.

Single kolaborasi Nabila Taqiyyah dengan Insomniacks sudah tersedia di semua platform muzik digital. Video muziknya juga telah ditayangkan di saluran YouTube Insomniacks.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Kopi Saigon Perkenalkan Dark System Series, Kolaborasi Bersama Soloz dan XK Penjahat

Andika Putera Curang Dengan Isteri Orang?! Nafi Ada Hubungan Dengan Staf