Astro bakal meraikan ulang tahun ke-30 menerusi dua malam persembahan muzik istimewa, Konsert Sooka pada 5 Disember dan Konsert Vaganza pada 6 Disember 2026 di Idea Live Arena, 3 Damansara.
Mengangkat tema One Stage, Three Decades, Endless Memories, kedua-dua konsert itu bakal menghimpunkan barisan artis daripada pelbagai generasi dengan persembahan band, lagu popular serta kolaborasi istimewa yang menjanjikan pengalaman berbeza buat peminat.
Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata, penganjuran dua konsert itu merupakan sebahagian daripada usaha Astro meraikan perjalanan industri hiburan tempatan sepanjang tiga dekad.
“Sepanjang 30 tahun, Astro telah menjadi sebahagian daripada perjalanan industri hiburan tempatan, daripada mencungkil bakat baharu hingga meraikan nama-nama yang telah mencipta legasi tersendiri.
“Menerusi Konsert Sooka dan Konsert Vaganza, kami ingin memberikan pengalaman muzik yang berbeza kepada peminat, sambil menghimpunkan artis dan karya yang mencerminkan kepelbagaian landskap muzik Malaysia. Kedua-dua konsert ini juga merupakan sebahagian daripada usaha kami untuk terus meraikan bakat tempatan serta menghubungkan peminat daripada pelbagai generasi menerusi muzik,” katanya.
Astro bersama barisan artis tempatan termasuk The Lantis, Insomniacks, Bunkface, Kugiran Masdo, Ziana Zain, Jaclyn Victor dan ramai lagi.
APA
Penganjuran Konsert Sooka dan Konsert Vaganza sempena ulang tahun ke-30 Astro.
BILA
5 Disember 2026 (Konsert Sooka) dan 6 Disember 2026 (Konsert Vaganza).
DI MANA
Idea Live Arena, 3 Damansara.
MENGAPA
Meraikan perjalanan 30 tahun Astro dalam industri hiburan tempatan serta menghubungkan peminat muzik daripada pelbagai generasi.
BAGAIMANA
Menerusi dua malam persembahan yang menampilkan muzik band, lagu popular, duet dan kolaborasi istimewa. Tiket boleh didapati menerusi Ticketmelon.

Konsert Sooka Himpunkan Band Kegemaran Gen Z
Konsert Sooka yang berlangsung pada 5 Disember bakal memberikan tumpuan kepada kumpulan muzik popular yang mempunyai pengaruh tersendiri dalam kalangan pendengar generasi muda.
Antara yang bakal menghiburkan penonton ialah The Lantis, Insomniacks, Bunkface dan Kugiran Masdo, selain penampilan istimewa daripada Kudrat Boys.
Setiap kumpulan bakal membawa karakter muzik masing-masing menerusi lagu-lagu popular yang dekat dengan hati peminat. Dengan persembahan bertenaga, melodi yang mudah diingati serta korus yang mengundang nyanyian beramai-ramai, malam tersebut dijangka menjadi ruang untuk peminat menikmati muzik secara langsung.
Konsert Sooka turut meraikan keunikan muzik berkumpulan yang terus mendapat tempat dalam kalangan generasi muda.


Konsert Vaganza Satukan Ikon Muzik Dan Bakat Baharu
Berbeza dengan Konsert Sooka, Konsert Vaganza pada 6 Disember pula bakal menampilkan gandingan artis daripada pelbagai generasi menerusi beberapa kolaborasi istimewa.
Antara yang mencuri perhatian ialah duet Datuk Ziana Zain bersama juara Big Stage Rocketfuel, Hussain. Penonton turut bakal menyaksikan persembahan Jaclyn Victor bersama Datuk Ramli MS yang akan membawakan hampir 20 lagu dalam satu segmen khas.
Malam itu juga bakal menyaksikan pertemuan pertama Tenxi dan Nadeera di atas pentas menerusi sebuah duet. Ia turut menjadi penampilan Tenxi bersama artis-artis Malaysia dalam sebuah konsert.
Keunikan persembahan bakal diperkaya dengan penglibatan Datuk Ramli MS yang menerajui susunan muzik untuk lagu-lagu hit ALPHA dan karya Noh Salleh, sekali gus memberikan sentuhan berbeza kepada persembahan mereka.

Girls Power Dan Gabungan Hussain Bersama ALPHA
Elemen Girls Power turut menjadi antara tarikan Konsert Vaganza menerusi gabungan Mimi Fly bersama The Girls yang terdiri daripada Odda, Amarra dan Tengku Ratu.
Selain itu, Hussain dan ALPHA juga bakal kembali bergabung di atas satu pentas, menghimpunkan dua nama yang mencuri perhatian sepanjang tahun ini.
Dengan lebih 30 lagu sepanjang tiga jam persembahan, Konsert Vaganza bakal menggabungkan kekuatan vokal, kepelbagaian genre serta kolaborasi yang jarang dapat disaksikan dalam satu acara.

Tiket Konsert Sooka Dan Vaganza Kini Dibuka
Kedua-dua konsert bakal berlangsung di Idea Live Arena, 3 Damansara, dengan Konsert Sooka pada 5 Disember dan Konsert Vaganza pada 6 Disember 2026.
Tiket kini boleh didapati menerusi Ticketmelon di ticketmelon.com/astro/konsert. Peminat boleh memilih kategori tiket mengikut keselesaan masing-masing untuk menyaksikan dua malam persembahan yang meraikan muzik dan nostalgia.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web Gempak.


GIPHY App Key not set. Please check settings