in ,

Masdo, Akim & The Majistret, Insomniacks & Empty Page Bakal Gamat Pentas Destiny Of Music 2.0

Syarikat B De Paris Project bersama Sinemalis Studio dan Westzone Entertainment akan menganjurkan edisi kedua Konsert Destiny of Music 2.0 pada 15 November 2024 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam.

Kembali lebih bertenaga dengan persembahan pentas yang pastinya memukau, Konsert Destiny of Music 2.0 bakal menampilkan empat band popular tanah air iaitu Akim & The Majistret, Kugiran Masdo, Empty Page dan Insomniacks yang akan menghiburkan para penonton dengan lagu-lagu hits mereka selama dua jam tanpa henti.

Ketua Pegawai Eksekutif B De Paris Project, Burhan Ahmad, menyatakan bahawa kejayaan edisi pertama mendorong mereka untuk terus menganjurkan konsert ini, yang juga bertujuan mengukuhkan kedudukan syarikat dalam industri hiburan tempatan.

Tiket untuk menyaksikan Konsert Destiny of Music 2.0 akan mula dijual dengan harga yang berpatutan serendah RM55 (Silver), RM85 (Gold), RM135 (Diamond), RM155 (Platinum) dan RM285 (VIP) bermula 10 Oktober 2024, jam 12:00 tengah hari di platform rasmi ticket2u https://www.ticket2u.com.my/

Ditulis oleh The Buzzer/Editor

Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

FOTO Kilauan Emas 2024 Minggu 5

Foodie Hawker Awards 2024 Membawa Street Food Malaysia Ke Mata Dunia