Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri sebelum ini pernah mendapat kritikan netizen selepas berkongsi teaser lagu raya pada Ramadan tahun lalu selepas menampilkan penari-penari yang berpakaian dan beraksi kurang sopan.
Terkini, Aliff Syukri sekali lagi menerusi hantaran di Instagram, memberikan pembayang bahawa dia bakal mengeluarkan lagu raya untuk Aidilfitri 2025 yang bakal tiba.
“Ada yang tak sabar dengar lagu raya artis nombor 1 Malaysia?” tulis Aliff Syukri di ruangan kapsyen Instagram.

Perkongsian Aliff mencetuskan pelbagai reaksi netizen di ruangan komen, malah ada yang sempat berseloroh usahawan sensasi tersebut masih belum ‘bertaubat’ walaupun pernah dikecam berkaitan isu lagu raya.
“Dah kata Datuk tak kosong tahun ni,”
“Habislaa, dia buat juga gais ”
“Kami standby drama air mata ,”
“Ya ampun, dia tak taubat lagi. Tadah la telinga semua orang ya.”
Terdahulu, ibu kepada Aliff Syukri iaitu Bonda Rozita Ibrahim tampil memberikan teguran secara terbuka buat anak lelakinya yang merilis muzik video yang tidak sopan di saat orang ramai mengejar Malam Lailatulqadar di Bulan Ramadhan.
Bonda Rozita turut menggesa Aliff untuk memadam muzik video berkenaan jika masih menyayanginya sebagai seorang ibu.
GIPHY App Key not set. Please check settings