Wednesday, January 27, 2021

Setiaku Pasti LIVE – Fara Hezel | VIDEO

Persembahan secara langsung dari Fara Hezel di konti KLfm, diiringi musik akustik. Nur Fara Azira Binti Yusri atau lebih dikenali dengan panggilan “Fara Hezel” merupakan...

Muat Naik Terkini

Rakyat Malaysia Ditemui Mati Dalam Tahanan Polis Di Thailand

BANGKOK, 13 April – Seorang rakyat Malaysia ditemui mati ketika dalam tahanan polis di Samut Prakan, selatan Bangkok, semalam.

Pegawai penyiasat Bangkaew, Daerah Bang Phli, Samut Prakan Pol Maj Thanthit Danrasi berkata lelaki berusia 41 tahun dari Kuala Lumpur itu ditahan pada Sabtu kerana melanggar perintah berkurung dan melakukan kerosakan harta benda serta menimbulkan kekacauan. 

Beliau berkata pekerja kilang manik plastik itu ditemui mati di sel Balai Polis Bangkaew.

“Lelaki yang mabuk itu telah menimbulkan kekacauan sebelum ditahan polis. Dia yang dalam keadaan mabuk dibawa ke balai polis dan ditempatkan di dalam sel bersendirian.

Samut Prakan Pol Maj Thanthit Danrasi, Pegawai penyiasat Bangkaew

“Bagaimanapun, pegawai polis yang membawa makanan kepadanya semalam mendapati lelaki itu telah meninggal dunia. Rakaman kamera litar tertutup tidak menemui apa-apa yang mencurigakan,” katanya ketika dihubungi.

Lelaki Itu Meninggalkan Seorang Isteri Dan Dua Orang Anak.

Thanthit berkata mayat lelaki itu telah dihantar ke Hospital Bang Phli untuk bedah siasat serta ujian COVID-19 dan polis sedang menyiasat kes itu.

Latest Posts

Menarik

Terkini Terus Pada Anda

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.