Penyanyi dan pelakon, Roslan Shah, kini terlibat dalam dakwaan mencuri wang sebanyak SGD 20,000 (RM66,000) yang dimiliki oleh pengusaha dan pempengaruh terkenal Singapura, Mangobossku.
Mangobossku, yang nama sebenarnya Mohammad Hussin Said, seorang usahawan kunafa terkenal di Singapura, memuat naik sebuah video di TikTok yang mendakwa duitnya ditemui dalam beg milik Roslan.
“Duit hilang 20K, dia kata tak ambil. Tapi duit ada dalam beg? Siapa yang curi ni?” – Mohammad Hussin aka Mangobossku
Video yang berdurasi lebih dua minit itu menunjukkan Roslan pada mulanya menganggap bahawa Mangobossku sedang membuat prank, namun situasi menjadi serius apabila wang sebanyak SGD20,000 itu dijumpai dalam beg milik penyanyi tersebut.
Roslan yang kelihatan sedih dan terkilan dengan tuduhan mencuri, dilihat menangis sambil menafikan tuduhan tersebut dan mempertahankan dirinya.
20k tu bukan sikit dan tuduhan mencuri tu juga berat 🤨🤨 Macam mana boleh jadi sampai macam ni Cik Lan? F8Buzz dan rakan media lain akan berusaha mendapatkan Roslan Shah, penghibur serba boleh di Singapura bagi mendapatkan pencerahan dan cerita sebenar. #f8buzzhiburan#roslanshah#jenayah @Roslan Shah – Cik Lan
Video yang dimuat naik oleh Mangobossku itu kini meraih hampir 200,000 tontonan di TikTok, dengan pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang menunjukkan simpati kepada Roslan, manakala yang lain berpendapat penyanyi tersebut mungkin menjadi mangsa fitnah.
Namun, ramai juga yang beranggapan kejadian tersebut hanyalah sebahagian daripada gimik pemasaran dan content semata-mata.
Di samping itu, melalui kemas kini di Instagram Stories, Roslan menulis seolah-olah cuba membela dirinya.
“Harap maaf, Cik Lan mengaku berdiam diri bukan bererti bersalah. Harap maklum!” – Roslan Shah
Usaha untuk menghubungi Roslan gagal selepas penyanyi lagu Rojak Maznah Ke Tuu itu tidak menjawab panggilan telefon dan tidak membalas mesej WhatsApp.
GIPHY App Key not set. Please check settings