in , ,

Curi RM66,000, Roslan Shah Lega Ianya Hanya Ujian Kejujuran

Penghibur serba boleh Singapura, Roslan Shah menafikan tuduhan mencuri wang berjumlah RM66,000 (SGD 20,000) milik pempengaruh serta usahawan terkenal Singapura, Mangobossku.

Roslan yang ditemui di Geylang, Singapura, menjelaskan bahawa video tular di TikTok yang mendakwa wang itu ditemui dalam beg miliknya adalah sebahagian daripada ‘ujian kejujuran’ yang dirancang oleh Mangobossku sendiri.

Menurut Roslan, mereka sudah mengenali antara satu sama lain lebih dari setahun dan dia menganggap Mangobossku seperti keluarga.

“Selama lebih setahun kami kenal, dia memang orang yang baik. Saya sudah anggap dia macam keluarga sendiri,”
– Roslan Shah

Ketika kejadian berlaku, Roslan Shah sedang bersiaran langsung di TikTok

Mangobossku, yang juga menjalankan perniagaan kunafa dan memiliki 13 gerai makanan di Singapura, mendedahkan bahawa dia sengaja memasukkan wang tunai tersebut ke dalam beg Roslan untuk menguji kejujurannya.

“Ketika Roslan pergi ke tandas, saya minta kakitangan masukkan duit tunai SGD 20,000 ke dalam beg miliknya,”
– Mangobossku

Walaupun video ujian kejujuran itu mendapat kecaman hebat, Mangobossku tetap mempertahankan tindakannya dan tidak peduli dengan reaksi negatif warganet. Bagi Mangobossku, muat naiknya itu mampu mempromosikan perniagaannya lebih baik daripada video-video kandungan yang biasa.

Video tersebut telah meraih hampir 200,000 tontonan di TikTok dan mencetuskan pelbagai reaksi, ada yang bersimpati dengan Roslan, sementara ada juga yang membuat spekulasi bahawa dia mungkin dianiaya.

Ditulis oleh The Buzzer/Editor

Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Projek Nasyid “HULURKAN” Gabungkan Artis Terkenal Demi Kebajikan

Gerobok Biru Gegak Gempita Raya: Festival Raya Terpanjang dan Terbesar di WTC Kuala Lumpur