Home Berita Aliff Aziz Ukir “Tatu” Nama Bella

Aliff Aziz Ukir “Tatu” Nama Bella

0
Aliff Aziz Ukir “Tatu” Nama Bella

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz, 28, mencetuskan kontroversi apabila gambar tidak berbaju dengan tatu berukir nama bekas isterinya, Bella Astillah, tular.

Aliff ketika dihubungi menjelaskan pada media, ukiran ‘Bella’ di dadanya dihasilkan daripada inai.

Aliff bagaimanapun memilih untuk tidak mengulas lebih lanjut mengenai gambar itu

“Bukan tatu. Itu adalah inai,” kata Aliff secara ringkas

Aliff dan Bella, 25, berkahwin pada 9 September 2016.

Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamad Ayden Adrean, yang kini berusia dua tahun.

Pasangan itu bercerai pada 16 Mei lalu selepas berdepan pelbagai kontroversi.

Aliff kembali hangat diperkatakan selepas didakwa curang buat kali ketiga selepas gambar miripnya berswafoto sambil tidak berbaju dengan seorang gadis berpakaian seksi tular, baru-baru ini.

Tinggalkan Pendapat Anda Untuk Semua Dengari