in ,

Muaz Zabir Tolak Dakwaan Menumpang Populariti Bella Astillah

Pelakon baharu Muaz Zabir menafikan dakwaan bahawa dia menumpang populariti Bella Astillah untuk melonjakkan namanya.

Menurut Muaz, dia mempunyai pihak pengurusan sendiri yang menguruskan kerjayanya.

“Tiada keperluan untuk saya menumpang populariti Bella. Saya tak pernah minta job (kerja) daripada dia,” jelasnya.

Muaz juga bingung bagaimana isu tersebut boleh timbul, walaupun mengakui kontroversi terdahulu mungkin menjadi punca spekulasi tersebut.

Dia menegaskan bahawa kontroversi itu bukan permintaannya tetapi disebarkan oleh pihak lain.

Hubungan rapatnya dengan Bella dikatakan menyebabkan ramai beranggapan mereka bercinta, namun Muaz menafikan perkara itu dan menyatakan mereka hanya sahabat.

Muaz juga menekankan bahawa perjalanan kerjayanya masih panjang dan banyak lagi yang ingin dicapainya.

https://www.instagram.com/p/C8y5kwfxMR1/

Ditanya mengenai perasaannya sering dikaitkan dengan Bella, dia tidak berasa rimas selagi perkara itu tidak memberi kesan negatif.

“Selagi tidak memberi impak negatif, saya rasa tiada masalah,” katanya.

Video muzik Bella, Tapi Bukan Denganmu, yang turut menampilkan Muaz, diarahkan oleh Bella sendiri dan menampilkan pelakon lain seperti Ellie Suriaty, Mawar Rashid dan Syed Saddiq.

Ditulis oleh Shafadzlin Shaharir

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Jangan Terlepas Masuk Percuma Ke Wetlands Wonderfest!

Atikah Suhaime Kongsi Kisah Nasi Goreng Resipi Ibu, Kini Menjadi Kegemaran Keluarga Mentua