in ,

Ibu Aliff Aziz Jawab Dakwaan Anak Berbaik Dengan Bekas Isteri – “Terima Kasih…”

Ibu kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, Hafizah tampil bersuara selepas satu portal berita mendakwa anaknya sudah kembali berbaik dengan bekas isteri, aktres dan penyanyi, Bella Astillah.

Menerusi posting di Instagram, Hafizah menafikan dakwaan bahawa Aliff dan Bella sudah kembali berbaik.

Begaimanapun, Fiza atau nama sebenarnya Siti Hafiza Basharahil memaafkan semua pihak yang membuat fitnah tersebut.

“Alhamdulillah, terima kasih di atas fitnah ini. Kami maafkan. Semoga anda sentiasa dalam rahmah dan baraqah Allah.”

Hafizah

“Percaya bahawa dosa fitnah itu salah satu dosa yang sangat-sangat berat. Sangat tidak berbaloi buat anda di dunia dan akhirat nanti,” tulisnya.

https://www.instagram.com/p/DCHVv-tIRQ1/

Sekadar info, Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan sah bercerai buat kali kedua pada 13 Jun tahun lalu.

Sebelum ini, mereka pernah berpisah pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh idah.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mojamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Sumber: Instagram

Ditulis oleh Muhd Firdaus

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Beli Kereta Range Rover Harga RM2.5 Juta, Netizen Kagum Dengan Pencapaian Noor Nabila – “Tahniah Bella!”

Netizen Sebak Lihat Anak Sulung Ina Naim Menitis Air Mata Selepas Ibu Diijabkabul – “Aku Pun Nangis Tengok…”