Home Hiburan Siti Nurhaliza Mahu Siti Aafiyah Dapat Adik !

Siti Nurhaliza Mahu Siti Aafiyah Dapat Adik !

0
Siti Nurhaliza Mahu Siti Aafiyah Dapat Adik !


Datuk Seri Siti Nurhaliza, 40 berhasrat untuk menambah zuriat kedua sebelum usianya mencecah 43 tahun.

Walau bagaimanapun, beliau perlu mendapatkan nasihat doktor untuk meneruskan berusaha mendapatkan cahaya mata kedua.

Menurut penyanyi nombor 1 Negara itu, dia perlu memastikan fizikalnya dalam keadaan baik.

“Impian saya ketika awal perkahwinan dahulu sememangnya mengimpikan anak yang ramai. Tetapi rezeki Allah telah kurniakan zuriat sulung selepas hampir 10 tahun mendirikan rumah tanggaā€¯, kata penyanyi lagu Pipi Merah itu.

Keluarga Bahagia Siti Nurhaliza bersama suaminya dan anak tunggal mereka, Siti Aafiyah

“Saya sedar kawan-kawan seusia saya telah mempunyai lima hingga enam orang anak. Jadi saya berharap untuk menambah cahaya mata sebelum usia mencecah 43 tahun,”

Perkahwinannya bersama Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa , 60, mereka dikurniakan cahaya mata Siti Aafiyah yang kini berusia setahun.

Foto kenangan Siti Aafiyah bersama ibunya, Siti Nurhaliza menunaikan umrah pada bulan Ramadhan lalu

Kata beliau, Siti Aafiyah tidak mahu lagi dipegang kerana telah pandai berjalan. Dia berasa sebak akan perkembangan terkini anak tunggalnya itu kerana pantas membesar.

Dia mahu Siti Aafiyah membesar seperti kanak-kanak yang lain serta bergaul rapat dengan rakan seusianya.

Tinggalkan Pendapat Anda Untuk Semua Dengari