Home Berita Rakyat Malaysia Belanja PATI Makan 3.5 Juta Sebulan

Rakyat Malaysia Belanja PATI Makan 3.5 Juta Sebulan

0
Rakyat Malaysia Belanja PATI Makan 3.5 Juta Sebulan
Gambar Hiasan

SERDANG – Kerajaan belanja kira-kira RM3.5 juta sebulan bagi kos makanan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan di 14 depot Jabatan Imigresen di Negara ini.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, purata kos makanan ditanggung kerajaan RM12 sehari bagi seorang PATI kerana mereka terpaksa berada di depot dalam sebulan hingga dua bulan sebelum dihantar pulang ke negara asal masing-masing.

Kos perbelanjaan yang ditanggung kerajaan untuk memastikan hak asasi PATI terpelihara yang turut dilaksanakan di semua depot Imigresen luar negara.

“Pengurangan kos makanan dapat diatasi jika proses dokumen perjalanan  disediakan pihak kedutaan berkaitan dapat dilaksanakan dengan cepat,” katanya kepada media ketika ditemui pada Majlis Hari Raya Aidilfitri Kementerian Dalam Negeri.

Jabatan berkerjasama dengan pihak kedutaan bagi mempercepatkan proses mengeluarkan dokumen perjalanan PATI untuk dihantar pulang dan perkara ini dapat mengurangkan bilangan penghuni di depot.

Menurutnya, setakat 18 Jun, seramai 9,654 orang PATI ditahan di 14 depot seluruh negara dengan 7,650 adalah lelaki dan 1,664 wanita serta selebihnya kanak-kanak.

Beliau berkata tahanan pendatang tanpa izin paling tinggi adalah rakyat Indonesia iaitu 3,767 orang diikuti Myanmar (2,105), Bangladesh (1,594), India (525), Vietnam (294), Pakistan (263), Thailand (226), Filipina (222), Nepal (193), Nigeria (150) dan lain-lain (315).

Sebanyak 8,277 operasi dilaksanakan Jabatan Imigresen sejak awal tahun ini hingga Selasa lepas dengan keseluruhannya 103,224 orang warga asing diperiksa.

“Empat depot iaitu di Bukit Jalil, Kuala Lumpur; Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang; Lenggeng, Negeri Sembilan dan Juru, Pulau Pinang mengalami lebihan jumlah tahanan pendatang tanpa izin berbanding kapasiti depot yang direkodkan sehingga 18 Jun 2019

Tinggalkan Pendapat Anda Untuk Semua Dengari