Wilqadry Janjikan X Factor Di Resepsi Dynas & Shazrik

Teknologi pertama kali diguna pakai dalam dekorasi perkahwinan akan diketengahkan.

0
459

Semalam berlangsung sidang media oleh Wilqadry sempena majlis resepsi selebriti Dynas Mokhtar dan pasangannya Shazrik Din di Kuala Lumpur.

Wilqadry sebuah syarikat pengaturcara menjanjikan sesuatu yang unik dan luar biasa untuk Dynas dan Shazrik.

Menurut Sherry Qadry, pengasas Wilqadry, buat pertama kali di Malaysia, majlis perkahwinan ini akan mempamerkan unsur Maghribi diwarnai dengan air yang mengalir dalam pergerakan visual yang dipancarkan di atas pelamin menggunakan teknologi ‘projection mapping’.

View this post on Instagram

#RikDy

A post shared by dynas (@dynasmokhtar) on

Gabungan dekorasi botani dan teknologi terkini pasti mempesonakan dan unik buat seluruh industri perkahwinan di Malaysia.

Kolaborasi kreatif Wilqadry bersama Dynas juga menyaksikan selebriti tersebut diangkat sebagai duta Wilqadry selama 2 tahun.

Like kami di Facebook • Follow kami di Twitter • Follow kami di Instagram

 

Tinggalkan Pendapat Anda Untuk Semua Dengari