Home Featured Suatukala – Treler | VIDEO

Suatukala – Treler | VIDEO

0
Suatukala – Treler | VIDEO

SUATUKALA

Sebuah filem arahan Edison Cheam (Malin Kundang), Shamyl Othman (Merah & Puteh). Nik Amir Mustapha (Badang)
Barisan Pelakon:
Malin Kundang: Wafiy Johan, Dynas Mokhtar, Zynakal, Firdaus Ghufran, Arif Karim.
Merah dan Puteh: Sweet Qismina, Syumaila, Sharifah Shahirah, Liza Othman, Sherry Alhadad
Badang: Harith Haziq, Qistina Raisah, Rykarl Iskandar, Megat Sharizal, Ruby Ooi
Tarikh Keluar: 15 Mac, 2018
Genre: Fantasi

Suatukala
© 2018 –Astro First Eksklusif, Red Communications, Arie Zaharie Productions dan Lumatic Films.

3 Cerita Dongeng, 1 Nafas Baru; ‘SUATUKALA’ Bakal Menggamit Nostalgia Ibu Bapa dan Tawar Pengalaman Menyeronokkan Untuk Anak-Anak

Astro bakal menceriakan musim cuti persekolahan ini dengan membawakan cerita-cerita rakyat popular dari negara Nusantara seperti Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei menerusi sebuah filem televisyen (FTV) bertajuk ‘Suatukala’.

Tiga hikayat dongeng lama, ‘Merah Puteh’, ‘Malin Kundang’ dan ‘Badang’ telah diberi nafas baru untuk tontonan seisi keluarga. Ia akan menemui penonton mulai 15 Mac ini di Astro First Eksklusif.

‘Suatukala’ merupakan sebuah karya antologi yang dizahirkan oleh tiga pengemudi utama yang menduduki kerusi Pengarah. ‘Merah Puteh’ mendapat sentuhan pengarah hebat, Shamyl Othman.

‘Badang’ pula menampilkan Nik Amir Mustapha, satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi dalam dunia seni tanah air. Manakala ‘Malin Kundang’ diarahkan oleh seorang pemain baru yang begitu berpotensi besar, saudara Edison Cheam.

FTV ini turut menampilkan nama-nama terkemuka yang terlibat secara langsung di hadapan dan di belakang tabir termasuklah Yusry Abdul Halim yang mengetuai bahagian efek khas serta gabungan pelakon berpengalaman dan bakat-bakat muda yang amat berbakat. Mereka termasuklah Kamal Adli, Dynas Mokhtar, Amir Raja Lawak, Sharifah Shahirah, Liza Othman, Rykarl Iskandar, Wafiy Ilhan, Sweet Qismina, Harith Haziq, Qistina Raisah, Arel Azimi, Syumaila, Zynakal, Arif Karim dan Firdaus Ghufran.

Tinggalkan Pendapat Anda Untuk Semua Dengari