TEMU BUAL bersama Nas-T, pelakon Keluang Man di malam gala file tersebut yang berlangsung di ibu kota baru-baru ini.
Pelakon utama Keluang Man Live Action, Nas-T, berkongsi pengalaman unik dan cabaran yang dihadapinya ketika membawa watak ikonik Borhan. Dalam temu bual ini, Nas mengakui bahawa dia awalnya berasa risau kerana harapan tinggi peminat, namun sokongan penonton yang bersorak dan bertepuk tangan di tayangan pertama filem ini telah memberikan keyakinan yang luar biasa
Menariknya, Nas mendedahkan bahawa dia menggunakan pengalaman orang terdekat yang menghadapi masalah kesihatan mental sebagai inspirasi untuk memantapkan lakonan Borhan. Walaupun terhad untuk watak superhero, Nas tetap berhasrat untuk membuktikan dirinya sebagai pelakon yang serba boleh di masa depan. Saksikan bagaimana Nas menjiwai watak Borhan dengan penuh dedikasi – hingga ‘spender di kepala’ pun menjadi sebahagian daripada komitmennya!
Putrajaya • 22 Mei 2025


GIPHY App Key not set. Please check settings