Banjir Tiada Kaitan Dengan Pembangunan Lereng Bukit – Guan Eng

GEORGE TOWN, 10 Nov – Musibah banjir di Pulau Pinang tiada kaitan dengan projek pembangunan di negeri ini, sebaliknya ia adalah bencana alam, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.

“Ini adalah bencana alam, tiada kaitan dengan isu-isu yang dibangkitkan. Kami sudah pasti mengalu-alukan pandangan mereka yang prihatin mengenai isu ini. Kami bersedia untuk mendengar. Mari kita beri tumpuan kepada bencana alam semula jadi di sini,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai desakan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mahukan kerajaan DAP Pulau Pinang membatalkan pembangunan berisiko di lereng-lereng bukit bagi mengelakkan banjir dan tanah runtuh.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengadakan lawatan di pusat pemindahan sementara di Pulau Pinang Selasa lepas, mengingatkan kerajaan negeri agar membuat penelitian dalam meluluskan projek pembangunan bagi mengelakkan berlakunya kejadian buruk akibat bencana alam.

Selain itu, Najib berkata kerajaan negeri perlu mengambil kira desakan NGO itu jika ia memberi kebaikan kepada semua pihak.

Ketika diminta mengulas kenyataan perdana menteri itu, Lim berkata: “Itu pendapat beliau”.

Lim berkata apa yang penting ketika ini adalah bagaimana untuk memulihkan semula negeri ini selepas berhadapan dengan banjir terburuk dalam sejarah.

Beliau berkata kerajaan negeri sangat memerlukan sokongan kerajaan persekutuan dan pihaknya masih menunggu berita baik daripada perdana menteri berhubung peruntukan untuk projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di negeri ini.

Sementara itu, Lim menyeru semua sukarelawan untuk bersama-sama turun padang membantu mangsa banjir di negeri ini bagi kerja-kerja pembersihan pascabanjir yang akan diadakan di bahagian pulau dan Seberang Perai esok dan Ahad ini.

Beliau meminta para sukarelawan untuk berkumpul di Balai Rakyat Jalan Patani, di sini pada 8 pagi manakala di bahagian Seberang Perai di Depoh Majlis Perbandaran Seberang Perai, Jalan Padang Lalang di Bukit Mertajam pada 7 pagi.

Terdahulu, Lim turut melancarkan laman web Pulau Pinang Bangkit, www.penangbangkit.com dan hotline yang akan menyalurkan maklumat berhubung banjir di negeri ini dan pergerakan kerja-kerja pembersihan pascabanjir.

Hampir keseluruhan kawasan di Pulau Pinang terjejas akibat banjir dengan beberapa kawasan ditenggelami air antara 0.2 dan satu meter, diikuti angin kencang dan hujan lebat sejak Sabtu lepas yang turut menumbangkan puluhan pokok.

Hingga kini, kejadian banjir yang dikatakan terburuk di negeri ini telah meragut tujuh nyawa.

Subscribe untuk lebih banyak video http://www.youtube.com/f8buzz

Like kami di Facebook http://www.facebook.com/f8buzz
Follow kami di Twitter http://twitter.com/f8buzz
Follow kami di Instagram http://instagram.com/f8buzz

SumberBernama
The Buzzer
Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Ikuti F8Buzz

13,519PeminatSuka
10,051PengikutIkuti
67PengikutIkuti
18,400PelangganLanggan

Terkini

Kampung People 2 – Keluarga Razif Kembali!

Petaling Jaya, 15 Sept 2020 - Penantian panjang bakal berakhir bagi peminat drama popular Kampung People yang menjadi fenomena hujung 2019.
00:03:56

#KitaJagaKita Misi Baru Ejen Ali Hargai Frontliners

KUALA LUMPUR, 15 SEPT 2020 - Bersempena Hari Malaysia, Primeworks Studios dan WAU Animation melancarkan kempen #KitaJagaKita buat para peminat filem...

Cemar Air Selangor, Mahkamah Kekal Lanjutan Reman Empat Suspek

SHAH ALAM, 11 Sept - Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan perintah lanjutan tempoh reman lima hari lagi terhadap empat...

Sandra Dianne Meninggal Dunia

Putrajaya, 11 Sept - Penyanyi yang juga peserta Big Stage musim ketiga, Sandra Dianne meninggal dunia di Hospital Putrajaya, awal pagi...

Popular

Kak ‘Ros’ Upin Dan Ipin Di Eksploitasi Seksi Melampau

KUALA LUMPUR - Watak ‘Ros’ kakak garang dalam siri animasi Upin dan Ipin dikesan menjadi mangsa eksploitasi pihak tidak bertanggungjawab yang memaparkan watak itu...

Putera Puteri Sukan SEA – FOTO

Kelmarin, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin membanggakan rakyat Malaysia dengan memenangi pingat emas acara sukan kuda lasak kategori individu. Namun Baginda bukanlah satu-satunya kerabat...

8 Kasut Air Jordan Terbaik Pernah Dikeluarkan

Michael Jordan sudah pasti adalah pemain bola keranjang NBA paling terkenal diseluruh dunia. Kehebatan beliau tidak dapat disangkal sama sekali. Legasi beliau masih kekal...

8 Pencuci Mulut Lazat Tak Perlu Ketuhar

8 pencuci mulut lazat yang boleh dibuat tanpa memerlukan ketuhar. Mudah disediakan dan yang penting, yummy! Wajib cuba di masa cuti begini. 1. Biskut Coklat & Peanut Butter   Resepi...

Instagram