SEPANG, 14 Nov – Nuan Nuan, anak kepada panda gergasi Xing Xing dan Liang Liang yang dilahirkan di Malaysia, dihantar pulang ke negara asal ibu bapanya di Pengkalan Panda Dujiangyan, Sichuan, China, hari ini.

Nuan Nuan, yang berusia 26 bulan, meninggalkan Malaysia melalui pesawat MH6476 yang berlepas kira-kira 5.40 petang ke Lapangan Terbang Shuanglin, Chengdu.

Sebelum itu, Nuan Nuan, yang bergerak dari Zoo Negara, Kuala Lumpur, ditempatkan di Hotel Haiwan, MASkargo bagi melalui proses akhir untuk haiwan seberat 90 kg itu melakukan persiapan sebelum berlepas ke Chengdu,China yang akan mengambil masa penerbangan lebih empat jam.

Penghantaran Nuan Nuan adalah sebagai memenuhi Perjanjian Program Kerjasama Antarabangsa Konservasi Panda Gergasi, yang ditandatangani bersama China pada 15 Jun 2012, memperuntukkan anak yang dilahirkan pasangan panda gergasi Xing Xing dan Liang Liang, dihantar ke negara asalnya apabila berusia dua tahun.

Pasangan panda gergasi Xing Xing dan Liang Liang tiba di Malaysia pada 21 Mei 2014 bersempena hubungan diplomatik 40 tahun Malaysia dan China.

Subscribe untuk lebih banyak video http://www.youtube.com/f8buzz

Like kami di Facebook http://www.facebook.com/f8buzz
Follow kami di Twitter http://twitter.com/f8buzz
Follow kami di Instagram http://instagram.com/f8buzz

Tinggalkan Pendapat Anda Untuk Semua Dengari