in ,

Dijangkiti Covid-19 Ketika Turun Kawasan Banjir, Iqbal Zulkefli Mohon Maaf Pada Warga Kelantan

Usahawan Ahmad Iqbal Zulkefli berkongsi bahawa dirinya terkena jangkitan Covid-19 ketika turun di kawasan banjir negeri Kelantan.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Iqbal, 30 menyatakan tubuh badannya mengalami sakit yang teruk disamping  batuk yang menyebabkan pendarahan pada bahagian tekak.

“Rupa-rupanya saya terkena jangkitan Covid-19 ketika turun di kawasan banjir Kelantan. Badan terasa sakit sebab batuk tidak henti sampai berdarah dalam tekak. Sudah lebih tujuh hari.

“Doktor selalu marah sebab saya jenis yang kerja kuat tanpa sedar kesihatan. Dalam keadaan sakit saya sempat ke Indonesia lagi. Sekarang menunggu keputusan darah bagi jangkitan Leptospirosis (kencing tikus),” tulisnya.

Pada hujung coretan, bekas teman lelaki Datuk Seri Vida itu turut memohon maaf kepada warga Kelantan serta mendedahkan dirinya mempunyai perancangan untuk membantu mangsa banjir di sana.

“Maaf warga Kelantan. Izin saya berehat sebentar sahaja. Saya masih ambil tahu perkembangan banjir di Kelantan. Ada banyak perancangan yang saya sudah aturkan. 

“Namun takut mangsa banjir terlalu berharap sedangkan kudrat saya pun tidak terlalu besar dengan keadaan ekonomi sekarang tidaklah selancar dulu.

Saya cuba buat yang sehabis baik ya,” katanya.

Sekadar info, statistik pada November melaporkan seramai 80,163 terlibat banjir di Kelantan

Ditulis oleh Muhd Firdaus

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Abadikan Memori Krismas Anda di Melawati Mall: Lebih Banyak Keajaiban Menanti!

Tak Lagi Berselisih Faham, Ammar Alfian & Syamsul Yusof Berbaik – “Past Is Past”