ADUN Bersatu Pulau Pinang Tarik Sokongan Ke Atas Kerajaan PH

0
161

GEORGE TOWN, 23 Mei – Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu di Pulau Pinang telah menarik semula sokongan mereka terhadap pentadbiran kerajaan negeri di bawah Pakatan Harapan (PH).

Susulan pengesahan tersebut, ADUN Bertam, Khaliq Mehtab Mohd Ishaq dan ADUN Teluk Bahang, Zolkifli Md Lazim kini menjadi wakil rakyat pembangkang di negeri itu.

Bagaimanapun, tindakan kedua-dua ADUN itu tidak mempengaruhi keseimbangan kuasa di Pulau Pinang dengan PH masih menguasai 35 daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ketika dihubungi Bernama hari ini, kedua-dua ADUN itu senada menyatakan pendirian untuk bersama parti Bersatu dan menyokong kepimpinan presiden merangkap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Artikel Terkini F8Buzz


Khaliq Mehtab berkata beliau akan mengikuti hala tuju parti dengan memberi sokongan kepada Muhyiddin.

“Walau apa pun, pendirian kami adalah selari dengan Bersatu di peringkat Persekutuan,” katanya.

Sementara itu, Zolkifli, mendakwa namanya telah digugurkan daripada senarai majlis kerajaan negeri sejak kebelakangan ini dengan beliau tidak diundang untuk menghadiri majlis penyerahan bantuan kepada nelayan di kawasan Balik Pulau baru-baru ini.

“Pendirian saya adalah saya bersama parti dan kini parti bukan lagi bersama PH, jadi saya juga sama. Kami kini menjadi sebahagian daripada pembangkang di Pulau Pinang,” katanya.

Baru-baru ini, Khaliq Mehtab dilantik sebagai pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda), sebuah agensi di bawah kerajaan pusat, manakala Zolkifli dilantik sebagai anggota Lembaga Penasihat Mara Corp Sdn Bhd, satu cabang pelaburan Majlis Amanah Rakyat (MARA).


Ikuti juga F8Buzz di


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here