Pelakon Fattah Amin yang kini berada di Mekah menitipkan doa kepada mangsa banjir di pantai timur.

Menerusi posting di Instagram Story, Fattah atau nama lengkap Abdul Fattah Mohd Amin, 34, mendoakan agar segala urusan mangsa banjir dipermudahkan.
“Wahai Tuhanku, jadikan ini hujan terpuji kesudahannya dan menjadi aliran air yang bermanfaat.”
Fattah Amin
Dalam pada itu, pelakon filem Trinil: Kembalikan Tubuhku tersebut turut mengambil kesempatan untuk membacakan kiriman doa yang diberikan kepadanya.
“InsyaAllah siapa yang ada atau nak kirimkan doa saya akan cuba baca kan, yang saya tak sempat baca kiriman doa saya minta maaf ya,” tulisnya.

Terdahulu, Fattah memaklumkan dia berangkat ke Tanah Suci bagi mengerjakan ibadah Umrah.



GIPHY App Key not set. Please check settings