iPhone edisi khas yang dinanti dan banyak dibocorkan di internet akhirnya tiba. iPhone X (disebut 10) kini sudah diperkenalkan.

Telefon yang bakal menjadi kemegahan Apple menampilkan skrin edge-to-edge dengan kamera hadapan dan sensor baru Face ID di sebelah atasnya.

iPhone X dilitupi kaca depan dan belakang serta besi tahan karat gred surgical ditepinya. Ia kalis air dan datang dalam dua warna – space gray dan perak.

iPhone X mempunyai piksel tertinggi (458ppi) untuk paparan/displaynya, yang tertinggi bagi iPhone setakat ini. Apple menggelarnya Super Retina. Berukuran 5.8 inci dengan resolusi 243 x 1125, iPhone X juga buat pertama kalinya menggunakan OLED.

Tiada butang home buat iPhone X, anda hanya perlu menyapu/swipe ke atas telefon tersebut. Ketiadaan butang home juga bermakna tiada lagi Touch ID.

Apple melangkah ke dunia baru dengan Face ID, seperti namanya, untuk membuka iPhone X, anda hanya perlu melihatnya. Ia menggabung sistem IR dengan kamera depan dan flood illuminator yang memancarkan cahaya ke muka anda agar ia dapat dikesan walaupun gelap.

Menurut Apple, Face ID lebih selamat berbanding Touch ID. Syarikat tersebut mendakwa hanya ada 1 dalam 1,000,000 peluang bagi orang lain yang boleh membuka iPhone X selain tuannya menggunakan Face ID. Ia juga akan berfungsi dengan Apple Pay dan semua aplikasi pihak ketiga yang telah menggunakan Touch ID.

Walaupun nampak canggih, semua fungsi baru ni pasti akan membuat sesetengah pengguna sakit hati – skrin edge-to-edge yang sukar dipegang dan interaksi dengan cara menyapu/swipe dari bawah telefon ke atas yang telah banyak digunakan oleh syarikat lain dengan keputusan yang berlainan.

iPhone X datang dengan kamera 12-megapiksel, dan dilengkapi dengan dual optical image stabilization. Menurut Apple kedua sensornya besar dan laju, dengan kamera utama ber apertur f/1.8 sementara lensa telefoto nya pula f/2.4. Di antara kedua kamera tersebut adalah lampu denyar/flash quad-LED True Tone.

Telefon baru itu juga mempunyai speker stereo.

Pemproses A11 yang diperkenalkan dengan iPhone 8 juga digunakan bagi iPhone X. Selain itu Apple juga mengumumkan pad pengecas tanpa wayar yang boleh digunakan bagi semua peranti yang dipanggil AirPower. Pad ini akan mula dijual pada tahun depan.

iPhone X akan dibuka untuk tempahan mulai 27 Oktober dengan pengeluaran bermula pada 3 November. Harga bermula dari $999 (+-RM4,201.80) untuk 64GB dengan pilihan 256GB.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini