Apple telah mengumumkan yang mereka akan mengadakan Apple Special Event pada Selasa, 12 September ini.

Ia akan menjadi acara pertama berlangsung di kampus “spaceship” baru Apple di Cupertino, California.

Tiada maklumat lain diberikan, namun umum menjangkakan pengumuman iPhone baru pada acara tebabit. “iPhone 8” dijangka akan sangat berbeza dari abang-abangnya sebelum ini.

Antara perubahan yang diramal adalah skrin OLED hujung-ke-hujung, pengesan wajah, pengecas tanpa wayar dan sistem dua-kamera yang dikemaskini.

Acara bulan September Apple biasanya yang terbesar sepanjang tahun. Selain iPhone baru, kami juga menjangkakan iPhone 7S dan 7S Plus, seperti yang selalu dibuat Apple.

Selain telefon, khabar angin kuat tersebar tentang Apple Watch dan Apple TV terkini. Kita juga pastu akan mendengar lebih lagi mengenai HomePod yang dihebahkan di WWDC Jun lepas.

Apple juga hampir pasti memperkenal perisian iOS 11, macOs High Sierra dan WatchOS 4.

Tinggalkan Pendapat Anda Untuk Semua Dengari