23.6 C
New York
Friday, January 22, 2021

Setiaku Pasti LIVE – Fara Hezel | VIDEO

Persembahan secara langsung dari Fara Hezel di konti KLfm, diiringi musik akustik. Nur Fara Azira Binti Yusri atau lebih dikenali dengan panggilan “Fara Hezel” merupakan...

Muat Naik Terkini

Ayie Floor88, Artis Pertama Bertunang

Ia sekadar acara pertunangan tetapi suasananya hebat bagaikan majlis perkahwinan gayanya. Jika terdahulu Ayda Jebat dan pelakon Nafiz Muaz mendahului senarai artis berkahwin pada permulaan tahun 2021, vokalis utama kumpulan Floor 88, Ayie pula melangsungkan pertunangan dengan gadis pilihannya, Tasha Awie  pada malam Sabtu, 2 Januari 2020.

Tidak menyembunyikan hari berbahagianya  itu, Ayie atau nama sebenarnya,  Nik Fadlee Elhamshah, 23,  mendedahkan keterujaannya dengan memuat naik kira-kira 41 keping foto Hari Pertunangannya buat tatapan 457 ribu pengikutnya di laman instagram.

Majlis pertunangan yang lengkap dihiasi pelamim itu berlangsung di Lanai Anggun, Eco City, Kuala Lumpur di mana Ayie turut hadir berpakaian sedodon bertemakan ‘Rose Gold Riau’

Walaupun diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) namun majlis kelihatan meriah dengan pengiring dulang hantaran bertemakan rona merah pada sebelah perempuan dan putih bagi rombongan lelaki.

Foto kredit: Instagram @ayieelhamf88.

Ayie menerima 7 dulang hantaran berbalas 5 yang antaranya berupa kelengkapan solat seperti Al-Quran, Sejadah serta Telekung dan tentu sekali cincin pertunangan tanda ikatan.

Khabarnya, tempoh pertunangan dirancang  selama setahun namun ia mungkin dipercepatkan pada tahun ini jika diberikan rezeki awal.

“InsyaAllah ikatan pertunangan dirancang setahun tetapi jika diberikan rezeki awal, kami akan berkahwin dalam tahun ini juga,” lapor Ayie.

Menurut penyanyi yang popular dengan lagu ‘Hutang’ ini, perasaan gemuruh walau pun hanya majlis bertunang tetap dirasainya. 

“Masa melangkah masuk dewan, kaki saya dah terasa menggeletar,” cerita Ayie mengenai perasaannya menghadiri saat bertunang namun melihat pada foto-fotonya Awie benar-benar bahagia waima sempat bernyanyi menghiburkan tetamu.

Sudah tentulah terasa begitu apatah lagi usia Ayie masih muda malah majlis pula bukan diadakan secara kecil-kecilan tetapi turut dihadiri beberapa rakan artis seperti Adam Lee dan Sweet Qistina dan penyanyi tempat keempat Akademi Fantasia musim ke- 12 (AF2015), Shahrul Amin.

Rakan-rakan artis seangkatannys yang lain turut mengucapkan tahniah kepada Ayie melalui instagramnya antaranya seperti Shafiq Farhain dan Sarah Suhairi.

Ayie dan Diyana berkawan selepas berkenalan di sebuah kedai makan tiga tahun lalu dan menjalinkan persahabatan selama setahun sebelum jatuh cinta selama dua tahun.

Ibarat ‘jatuh cinta pandang pertama’ jugalah kan Ayie apatah lagi sebelum ini pun Ayie akui ramai teman wanita tetapi tatapan pertamanya terhadap Tasha Awie membuatkan hatinya terus terpaut untuk mengenali gadis itu dengan lebih dekat.

Tahniah! Jika jodoh tidak kemana. Tidak lari gunung dikejar semoga harapan Ayie untuk bergelar suami dimakbulkan insyaAllah!

Latest Posts

Menarik

Terkini Terus Pada Anda

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.