Tim Gunn merupakan seorang mentor yang banyak memberi dorongan kepada peserta Project Runway. Akan tetapi, jika Kanye West salah seorang pesertanya, pasti beliau bukan seorang yang dikagumi oleh Gunn.
Satu-satunya perkara yang lebih bodoh daripada koleksi pakaian beliau adalah orang-orang yang membelinya.
Dalam temubual dengan NY Daily News pada 2015, Gunn berkata, “Petik ayat saya, [fesyen beliau] adalah asas, atau apa yang kawan baik saya, Grace Mirabella [bekas editor-in-chief Vogue], gelar sebagai pakain bodoh. Ia bukan fesyen, “kata Gunn. “Pakaian bodoh, pakaian bodoh yang mahal. Saya selalu berkata satu-satunya perkara yang lebih bodoh daripada koleksi pakaian beliau adalah orang-orang yang membelinya.”
Aduh!
Terima kasih Tim Gunn! Yang lain saya pasti tidak berani mengeluarkan pendapat negatif kerana, siapa yang tak takut dengan Kanye? Sekali kena jerit dengannya nanti.
Anda nilai sendiri antara koleksi Kanye West:
GIPHY App Key not set. Please check settings