Kini tiba masanya untuk menikmati musim perayaan Krismas yang penuh keajaiban!

IOI Malls bersiap sedia untuk mengalu-alukan kehadiran perayaan Krismas! Tahun ini, IOI City Mall, IOI Mall Puchong, dan IOI Mall Kulai bakal berubah menjadi sebuah Enchanted Christmas Wonderland, di mana setiap sudut akan berkilauan dengan hiasan perayaan.
Enchanted Christmas Wonderland akan berlangsung sehingga 1 Januari 2025, di mana ia menjanjikan suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan untuk semua pengunjung.
Pelbagai persembahan Krismas di ketiga-tiga IOI Malls seperti tarian rancak, persembahan nyanyian lagu-lagu Krismas serta sesi lawatan oleh Santa Claus akan diadakan.
Kanak-kanak juga berpeluang untuk menyerlahkan kreativiti mereka dengan aktiviti-aktiviti yang sediakan oleh IOI Kids Club dengan pelbagai projek bertemakan Krismas seperti membuat coklat, menghias gingerbread (roti halia), membuat topi Santa dan banyak lagi.

IOI Malls juga telah menyediakan siri tawaran penebusan khas untuk para pengunjung. Dengan perbelanjaan minimum RM300 dalam satu resit di IOI City Mall dan IOI Mall Puchong, pembeli berpeluang untuk menebus hadiah Krismas eksklusif, termasuk Nanoblock, kotak muzik dan set minyak wangi Donna Chang.
Pemegang Kad Kredit AEON dan Kad Visa AEON Member Plus boleh menikmati nilai kadar penebusan istimewa. Tertakluk kepada terma dan syarat.



GIPHY App Key not set. Please check settings