Tuesday • 27 July 2021

Terkini

“Potonglah Tangan Aku Cepat !”

DHAKA : “Lelaki pokok” berasal dari Bangladesh alami ketumbuhan pada tubuhnya rela tangannya dipotong kerana tidak mampu menahan kesakitan.

Abul Bajandar, 28, telah menjalani 25 pembedahan sejak 2016 bagi menyingkirkan ketumbuhan pada tubuhnya.

Doktor yakin akan berjaya menyembuhkan penyakit itu tetapi Bajandar melarikan diri dari klinik di Dhaka Mei tahun lalu.

Beliau dimasukkan semula ke hospital Januari lalu kerana ketumbuhan makin bertambah.

“Saya tidak mampu menanggung kesakitan lagi. Saya tidak boleh tidur malam.”

 “Saya meminta doktor memotong tangan saya supaya saya berasa lega,” katanya.

 “Sekurang-kurangnya dia tak berasa sakit lagi. Ini sudah keterlaluan,” kata ibunya yang  menyokong permintaannya itu.

Bajandar menderita penyakit epidermodysplasia verruciformis, dan dikenali sebagai ‘sindrom manusia pokok’.

Bajandar cuba mengukir senyuman walaupun sedang manahan kesakitan.

Beliau ingin ke luar negara untuk dapatkan rawatan lebih baik, tetapi tidak mempunyai wang untuk menanggung perbelanjaan.

Sementara itu, ketua pakar bedah plastik di Hospital Kolej Perubatan Dhaka, Samanta Lal Sen, bersama tujuh doktor akan membincangkan keadaan Bajandar hari ini.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini

Latest Posts

Video Terkini

Sentiasa bersama F8Buzz

Dapatkan artikel berita, inspirasi, gaya hidup & hiburan terkini, terus ke email anda. DAFTAR SEKARANG!