in ,

Isteri Kanye West Tampil Berbogel Di Anugerah Grammy, Dihalau Kerana Tidak Diundang

Penyanyi rap terkenal Kanye West dan isterinya iaitu Bianca Censori didakwa dihalau keluar daripada menghadiri Anugerah Grammy yang berlangsung di Crypto.com Arena, Los Angeles, Amerika Syarikat pada malam Ahad.

Menurut Mirror, pasangan selebriti itu didakwa diiringi keluar daripada majlis kerana dipercayai tidak diundang.

Terdapat juga andaian menyatakan penampilan Bianca yang terlalu mencolok mata menyebabkan kedua-dua mereka dihalau daripada menghadiri acara tersebut.

Kanye tampil ringkas dengan persalinan serba hitam, namun isterinya menggayakan kot rona hitam berbulu dan menanggalkannya sebaik berjalan di karpet merah untuk merakamkan foto.

Foto yang dikongsi dari acara karpet merah itu jelas menunjukkan isteri kepada penyanyi rap berkenaan berpenampilan bogel dengan hanya mengenakan baju jarang yang memperlihatkan seluruh bahagian tubuhnya.

Difahamkan, ini merupakan kemunculan pertama Kanye selepas 10 tahun tidak menghadirkan diri di Anugerah Grammy.

Kali terakhir penyanyi lagu Praise God ini memenangi dua anugerah di Grammy pada 2022 menerusi kategori Lagu Rap Terbaik dan Persembahan Rap Melodik Terbaik.

Ditulis oleh Muhd Firdaus

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Lewat Keluar Lepas Beli Nasi Ayam Punca Suami Tampar Isteri

Banyak Fesyen ‘Pelik’, Ini Antara Pakaian Paling ‘Daring’ Semasa Anugerah Grammy Ke-67