in , ,

Busana Aishwarya Rai Di Festival Filem Cannes Disamakan Dengan ‘Aluminium Foil’

Baru-baru ini, bintang terkenal Bollywood, Aishwarya Rai dilihat telah menghadiri Festival Filem Cannes 2023 yang berlangsung di Perancis.

Tahun ini merupakan tahun ke 21 bekas Ratu Cantik Dunia 1994 ini menghadiri festival filem yang menjadi tumpuan seluruh dunia itu.

Saban tahun penampilan Aishwarya pasti menjadi tumpuan dan ditunggu-tunggu oleh peminatnya. Sesuilah dengan jolokan yang diberikan kepadanya iaitu ‘Queen Of Cannes’.

Tahun ini nama Aishwarya sekali lagi menjadi bualan ramai selepas  dia muncul di permaidani merah memakai busana berwarna perak rekaan Sophie Couture.

Busana yang sarat dengan perincian serta dilengkapi ‘hoodie’ bersaiz gergasi itu telah menjadi tular di media sosial kerana dikatakan kelihatan seolah-olah ‘aluminum foil’.

Lantas penampilan Aishwarya itu menjadi perdebatan netizen di seluruh dunia terutamanya di India. Ada yang suka, ada juga yang mengecam gayanya yang dikatakan terlalu ‘over’.

Bagi pencinta fesyen, apa yang digayakan oleh pelakon filem Devdas itu adalah satu ‘fashion statement’ dan hanya mampu dibawa oleh wanita seperti Aishwarya Rai.

Ini bukan kali pertama gaya Aishwarya menjadi cakap orang, sebelum ini dia pernah menjadi topik hangat apabila muncul dengan solekan gincu berwarna ungu. Malah tahun lalu juga dia tampil dengan busana yang sarat dengan perincian bersaiz gergasi yang disamakan dengan croissant.

Hail to the queen!

Ditulis oleh Miki Mukarami

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Kecoh Bila Jennie Blackpink Dan V BTS Dikatakan ‘Dating’ Sambil Bepegangan Tangan Di Paris

Tersingkir Kali Kedua Di Pentas Big Stage 2023, Tiada Lagi ‘IMUNITI X’ Buat Naufal Azrin