KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) — Ziarah Harmoni menawarkan dua pakej percutian istimewa – Sepanyol dan Arab Emiriah Bersatu (UAE) – bersama penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin November ini.

Pengurus Urusannya, Murni Zainudin berkata pakej pertama ke Sepanyol selama 10 hari dan 7 malam yang berlepas pada 8 Nov, memberi peluang kepada peminat Siti Nurhaliza mengembara dan menikmati makan malam serta dihiburkan oleh beliau semasa di Madrid.

Pakej kedua yang meliputi Dubai dan Abu Dhabi di UAE selama 6 hari 4 malam bertolak pada 14 Nov. Siti Nurhaliza akan menghiburkan para peminatnya pada satu majlis makan malam yang eksklusif di Dubai, katanya dalam satu kenyataan.

Ziarah Harmoni menawarkan lebih daripada 37 pakej percutian di seluruh dunia sempena MATTA Fair di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mulai 2 – 4 Sept lalu. Majlis pelancaran pakej syarikat dirasmikan oleh Siti Nurhaliza Sabtu lalu.

Baru-baru ini, Ziarah Harmoni menguruskan percutian ulang tahun perkahwinan Siti Nurhaliza dan Datuk Sri Khalid Mohamad Jiwa yang ke-10 di Perth, Australia.

Beliau berkata, sesuai dengan ciri-ciri Islam, pakej percutian yang ditawarkan memberi kemudahan kepada setiap individu untuk menunaikan kewajipan solat lima waktu malah turut bersesuaian dengan warga emas.

PELBAGAI PAKEJ MENARIK

Pakej-pakej pelancongan unik yang ditawarkan ke destinasi menarik bersempena cuti hujung tahun ini seperti ke Dubai dan Abu Dhabi selama 6 hari dan 4 malam boleh didapati dengan harga serendah RM5,953, ujarnya.

Murni berkata, Ziarah Harmoni juga menawarkan pakej penginapan di hotel bertaraf tiga dan empat bintang beserta pengangkutan darat yang selesa dan makanan harian di setiap destinasi.

Ziarah Harmoni juga menawarkan pakej ke Sepanyol dan Portugal selama 12 hari dan sembilan malam meliputi lawatan ke Madrid, Barcelona, Alicante, Granada, Seville, Lisbon dan Toledo pada harga pakej RM7,839 bermula November ini sehingga Disember 2017.

Pakej percutian ke negara-negara di semenanjung Balkan selama 10 hari dan 8 malam juga ditawarkan pada harga RM6,999, merangkumi enam negara iaitu Turki, Bosnia dan Herzegovina, Macedonia, Montenegro, Croatia dan Albania. Lain-lain pakej termasuk lawatan ke Turki, London, Paris, Amsterdam, Korea, Jepun, Portugal, India, Afrika Selatan, China dan Vietnam.

Mereka yang berminat boleh mendaftar segera dengan menghubungi 03-21429266 atau melayari www.ziarahharmoni.com kerana tempat adalah terhad.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan ulasan anda!
Sila masukkan nama anda di sini