in ,

“Takut Terguris Hati” – Fazlina Ahmad Daud Jelaskan Sebab Mohon Maaf Kepada Aisha Retno

Pelakon Fazlina Ahmad Daud menjelaskan permohonan maaf yang dibuat terhadap Aisha Retno susulan tegurannya mengenai penampilan penyanyi itu ketika menghadiri acara Keretapi Sarong 2026.

Menurut Fazlina, teguran tersebut diberikan atas dasar keprihatinan sebagai seorang kakak dalam industri hiburan, selain bimbang Aisha menjadi sasaran kecaman sekiranya terdapat bahagian aurat yang terserlah ketika berjalan.

“Saya kemudiannya buat permohonan maaf di Threads. Saya tulis, ‘Saya minta maaf kalau teguran saya itu mengguris hati Aishah dan juga pereka (designer). Teguran sayang je’,” katanya.

Fazlina menjelaskan bahawa dia tidak mahu komen yang ditinggalkan menimbulkan salah faham atau mengguris hati mana-mana pihak yang terlibat, termasuk Aisha, peminat, pengurus, keluarga serta pereka fesyen.

“Selepas itu ada pula yang komen bagitahu saya tak perlu minta maaf. Bukan begitu, kita tak tahu dosa kita dengan orang. Jadi walaupun benda itu betul, tapi saya wajib untuk minta maaf,” ujarnya.

“Takut kalau ada siapa-siapa yang terguris. Bukan sahaja Aishah, tapi peminat dia ke kan, pengurus (manager) dia ke, mak dia ke, even the designer,” tambahnya.

BUZZ RINGKAS

SIAPA: Fazlina Ahmad Daud dan Aisha Retno

APA: Fazlina menjelaskan teguran terhadap penampilan Aisha ketika menghadiri Keretapi Sarong 2026.

MENGAPA: Teguran dibuat atas dasar prihatin dan bimbang Aisha menjadi sasaran kecaman.

PERKEMBANGAN: Fazlina memohon maaf sekiranya komen tersebut mengguris hati Aisha, keluarga, pengurus, peminat atau pereka fesyen.

HARAPAN: Teguran terhadap orang lain dibuat dengan cara berhemah tanpa menjatuhkan atau memalukan mereka.

Bimbang Penampilan Aisha Cetus Kecaman

Fazlina berkongsi bahawa dia mula menyedari penampilan Aisha selepas melihat video penyanyi tersebut di Threads. Perhatiannya kemudian tertumpu kepada belahan pada kain batik yang dipakai pelantun lagu Tidak Adil itu.

“Satu pagi yang indah, saya buka Threads. Selepas itu video adik Aisha keluar dan masa dia berjalan tu, mata saya tertumpu kepada belahan kain itu,” katanya.

“Sebagai seorang kakak yang ternampak saya macam, ‘Alah, janganlah ternampak apa-apa kerana perkara itu akan mengaibkan’,” jelasnya.

Menurut Fazlina, dia bimbang keadaan tersebut boleh menimbulkan isu sekiranya terdapat bahagian aurat Aisha yang kelihatan ketika penyanyi itu berjalan.

“Kalau kain itu panjang sedikit atau mungkin terus buat skirt lebih elok sebab takut bila dia berjalan dan ternampak aurat Aishah, nanti jadi isu pula,” katanya.

Fazlina ditemui selepas konsert separuh akhir program Kilauan Emas Selebriti 2026 yang berlangsung di Dewan Auditorium MBSA, pada Sabtu.

Kagum Dengan Aisha, Tidak Mahu Artis Muda Dikecam

Dalam pada itu, Fazlina mengakui dirinya mengagumi Aisha dari segi bakat nyanyian. Bagaimanapun, dia turut meluahkan rasa kasihan apabila golongan artis muda sering menjadi sasaran kecaman berkaitan penampilan.

“Saya sangat mengagumi dia dari segi suara dan sebagainya. Cuma kadang-kadang sebagai kakak dalam industri, kesianlah bila adik-adik ni dikecam,” katanya.

Menurut Fazlina, sesetengah komen yang ditinggalkan pengguna media sosial boleh menjadi terlalu keras, walaupun isu yang dibangkitkan hanya berkaitan pemakaian seseorang.

“Pakai sikit je, ada yang nak kecam dan cara mereka kecam dan komen itu sangat kejam,” ujarnya.

Sehubungan itu, Fazlina berharap teguran yang dibuatnya dapat menjadi contoh kepada pengguna media sosial supaya menyampaikan pandangan dengan cara yang lebih berhemah tanpa menjatuhkan atau memalukan mana-mana individu.

“Jadi, mungkin cara saya tu dapat memberikan contoh pada adik-adik yang lain. Kalau nak menegur, inilah caranya,” katanya.

Sebelum ini, Fazlina menegur penampilan Aisha Retno yang mengenakan kain batik dengan belahan ketika menghadiri acara Keretapi Sarong 2026. Komen tersebut kemudiannya mencetuskan perbincangan dalam kalangan pengguna Threads.

Fazlina selepas itu tampil memohon maaf sekiranya teguran berkenaan mengguris hati Aisha atau mana-mana pihak yang berkaitan.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Rizky Febian Kembali Mengubat Rindu Peminat Malaysia Menerusi ‘Malam Rawan’