in ,

“Mereka Memang Terbukti!” – Ajai Ulas Penjurian Big Stage

Penyanyi dan komposer terkenal, Ajai menyifatkan barisan juri tetap Big Stage X Rocketfuel iaitu Hael Husaini, Akim Ahmad dan Aisha Retno sebagai individu yang sememangnya layak berada di kerusi juri berdasarkan pengalaman serta pencapaian mereka dalam industri muzik.

Menurut Ajai, setiap seorang daripada mereka mempunyai kepakaran tersendiri dan penilaian yang dibuat bukan berdasarkan suka atau tidak, sebaliknya berpandukan pengalaman profesional masing-masing.

BUZZ RINGKAS
PERTAHAN JURI
Ajai menyifatkan Hael, Akim dan Aisha sebagai individu yang terbukti dalam industri muzik.

SETIAP JURI ADA CARA SENDIRI
Menurutnya, setiap juri mempunyai cita rasa serta kaedah penilaian yang berbeza.

KESILAPAN BOTTOM THREE
Ajai berkata peserta perlu mengutamakan kesedapan nyanyian sebelum memikirkan aspek teknikal lain.

BELAJAR IKUT KEMAMPUAN
Peserta perlu berkembang mengikut kemampuan sendiri dan tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada juri.

Setiap Juri Ada Kepakaran Tersendiri

Ajai berkata semua juri tetap telah membuktikan kemampuan masing-masing dalam industri.

“Kita kena percaya setiap yang ada di situ memang terbukti dalam industri. Akim seorang pencipta lagu dan penghasil lagu hit. Hael pula pencipta melodi yang berjaya, manakala Aisha Retno juga seorang pencipta lagu. Semuanya sudah terbukti,” katanya.

Tambahnya, setiap juri mempunyai cita rasa yang berbeza dan menggunakan pendekatan tersendiri ketika memberi ulasan kepada peserta.

“Cuma setiap juri ada cita rasa masing-masing. Mereka ada cara tersendiri untuk menjelaskan apa yang perlu dilakukan oleh peserta,” katanya.

Akim Bukan Kedekut Markah

Mengulas dakwaan sesetengah penonton yang menganggap Akim sukar memberikan markah tinggi, Ajai berkata perkara itu adalah karakter penjurian penyanyi tersebut.

“Itu karakter dia. Dia hanya akan beri markah tinggi apabila dia benar-benar rasa persembahan itu sedap. Dia memberi markah berdasarkan apa yang didengar pada malam itu,” katanya.

Menurut Ajai, juri juga tidak boleh dipengaruhi oleh persembahan minggu-minggu sebelumnya kerana setiap minggu perlu dinilai secara adil.

Bottom Three Perlu Utamakan Kesedapan Nyanyian

Dalam masa sama, Ajai mengulas mengenai persembahan peserta yang berada dalam kelompok bottom three.

Menurutnya, perkara paling utama yang perlu diperbaiki ialah kesedapan nyanyian sebelum memikirkan aspek teknikal lain.

“Kesedapan nyanyian itu sebenarnya belum ada. Itu yang paling penting. Kita bukan bercakap soal pitching dahulu, tetapi bagaimana hendak menyedapkan lagu. Hanya penyanyi itu sendiri yang tahu di mana letaknya kesedapan tersebut,” katanya.

Tak Semua Perlu Disuap

Ajai berkata juri tidak boleh mengajar peserta secara menyeluruh kerana konsep pertandingan realiti berbeza dengan kelas vokal.

“Tak boleh tunjuk ajar sepanjang masa. Nanti program ini sudah jadi program lain. Tunjuk ajar sebenar datang daripada pasukan mereka sendiri,” katanya.

Beliau turut mengingatkan penonton supaya bersikap adil kerana kebanyakan peserta masih bergerak secara bebas tanpa sokongan label rakaman, sekali gus memerlukan masa untuk berkembang sebagai artis.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Marsha Teruja Kongsi Pentas Dengan Ungu

“Marsya Banyak Membantu Saya” – Aliff Kimiey