in ,

Aisha Retno Puji Tiwikarma, Mahu Berguru Dengan K.O.I

Penyanyi Aisha Retno menyifatkan lagu Tiwikarma nyanyian kumpulan K.O.I sememangnya layak dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-40.

Aisha berkata, kemenangan K.O.I menerusi karya berkenaan tidak mengejutkannya kerana dia sudah meneliti kekuatan lagu tersebut sejak sebelum peringkat separuh akhir.

“Tiwikarma memang sangat layak untuk juara. Aisha ada juga dengar beberapa lagu daripada finalis dan memang saingan sangat sengit untuk tahun ini.

“Terutamanya Aisha sudah tengok daripada separuh akhir, malah lebih awal. Aisha tengok daripada komposisi liriknya,” katanya.

BUZZ RingKAS

• Aisha Retno menyifatkan lagu Tiwikarma nyanyian K.O.I sangat layak dinobatkan sebagai juara AJL40.

• Aisha mengakui sudah meneliti komposisi lagu berkenaan sejak sebelum peringkat separuh akhir.

• Dia turut memuji cara K.O.I menyelitkan perkataan ‘Palestine’ dalam lirik Tiwikarma yang disifatkannya sebagai sangat ‘genius’.

• Aisha malah berharap diberikan peluang untuk berguru dengan anggota K.O.I mengenai teknik penulisan lagu.

Kagum cara K.O.I susun lirik

Menurut Aisha, antara perkara yang paling menarik perhatiannya adalah keberanian K.O.I memasukkan elemen berkaitan Palestin dalam komposisi lirik lagu tersebut.

Malah, pelantun Tak Adil itu mengakui pemilihan perkataan berkenaan dalam lirik Tiwikarma cukup kreatif dan membuatkannya kagum.

“Ada diletakkan Palestine, tapi dalam dari segi baris-baris lirik mereka sendiri dan itu sangat genius bagi Aisha.

“Kalau ada rezeki, Aisha ingin berguru dengan mereka mengenai cara penulisan lagu yang baik,” katanya.

Aisha berkata, perkara tersebut membuktikan persaingan di AJL40 bukan sekadar sengit, malah berlaku secara sihat apabila setiap finalis tampil dengan kekuatan serta identiti masing-masing.

Industri muzik Malaysia semakin berkembang

Lebih membanggakan Aisha, persaingan sengit antara K.O.I dan finalis lain pada AJL40 turut memperlihatkan perkembangan positif dalam industri muzik tempatan, khususnya dari segi penulisan lagu.

Katanya, pencapaian K.O.I sebagai juara dan dirinya sebagai naib juara membuka matanya terhadap jurang kreativiti yang semakin berkembang dalam kalangan pengkarya tempatan.

“Saingan memang sengit tetapi secara sihat dan itulah yang membuatkan Aisha terfikir, jurang Aisha bersama mereka hanyalah juara dan naib juara.

“Ini membuatkan Aisha berfikir bahawa industri muzik Malaysia dari segi penulisan lagu sudah mula berkembang dengan kreativiti yang sangat tebal kamusnya,” katanya.

Dalam AJL40, K.O.I muncul juara menerusi lagu Tiwikarma, manakala Aisha Retno menduduki tempat kedua dengan lagu Tak Adil.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Cincin Di Jari Manis, Ara Johari Bakal Kahwin?