in ,

Marsha Teruja Kongsi Pentas Dengan Ungu

Penyanyi Marsha Milan tidak dapat menyembunyikan rasa teruja apabila impian yang sekian lama dipendam akhirnya menjadi kenyataan dimana dapat berpeluang berkongsi pentas bersama kumpulan legenda Indonesia, Ungu.

Marsha bakal tampil sebagai artis jemputan khas dalam konsert “Ungu 3 Dasawarsa: Special Night in Kuala Lumpur” yang akan berlangsung pada 5 September 2026 di Idea Live Arena, sempena sambutan 30 tahun perjalanan seni kumpulan tersebut.

BUZZ RINGKAS
SIAPA
Marsha Milan dan Ungu.

APA
Marsha diumumkan sebagai artis jemputan khas konsert “Ungu 3 Dasawarsa: Special Night in Kuala Lumpur”.

BILA
5 September 2026.

DI MANA
Idea Live Arena, Kuala Lumpur.

KENAPA
Meraikan ulang tahun ke-30 perjalanan seni Ungu menerusi sebuah konsert istimewa.

Marsha Akui Teruja Sampai Tak Sabar

Mengakui masih teruja dengan peluang itu, Marsha berkata beliau benar-benar tidak menyangka impian kecil yang pernah disimpan dalam diam akhirnya menjadi realiti.

“Jujurnya saya memang sangat teruja. Bila dapat tahu saya akan berkongsi pentas dengan Ungu, saya rasa macam tak percaya. Ini antara momen yang saya tunggu-tunggu sejak lama,” katanya.

Tambahnya, peluang tersebut lebih bermakna kerana beliau membesar dengan lagu-lagu Ungu yang banyak memberi kesan dalam perjalanan hidup dan kerjayanya sebagai penyanyi.

Impian Berduet Dengan Pasha Jadi Kenyataan

Marsha turut berkongsi detik awal bagaimana impian untuk berduet dengan vokalis Ungu, Pasha, mula tercetus selepas menyaksikan persembahan penyanyi itu di Gegar Vaganza.

“Saya memang pernah terfikir, bestnya kalau dapat berduet dengan Abang Pasha. Masa tengok dia buat persembahan, saya rasa sangat terinspirasi. Tak sangka akhirnya peluang itu datang juga,” ujarnya.

Fokus AJL40, Tapi Konsert Ungu Tetap Dinanti

Walaupun kini sibuk dengan persiapan Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40), Marsha berkata keterujaannya terhadap konsert Ungu tetap tidak berkurang.

“Memang sekarang fokus saya banyak kepada AJL, tapi dalam masa sama saya sangat tak sabar untuk konsert Ungu. Dua-dua momen ini sangat penting bagi saya,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa pemilihan lagu masih dalam perbincangan, namun menjanjikan persembahan yang istimewa untuk peminat.

Janji Persembahan Penuh Emosi

Marsha berkata beliau mahu memberikan persembahan yang bukan sahaja mempamerkan vokal, tetapi turut menyampaikan emosi dan cerita di sebalik setiap lagu.

“Saya nak penonton rasa setiap lagu itu. Bukan sekadar dengar, tapi betul-betul hayati. Saya harap semua yang datang nanti akan sama-sama rasa momen itu,” katanya.

Ungu Bakal Bawa Kejutan Lagu Baharu

Selain lagu-lagu popular mereka, Ungu juga dijangka memperkenalkan sebuah lagu baharu khas untuk peminat di Malaysia.

Bagi Marsha, setiap lagu Ungu mempunyai nilai sentimental tersendiri yang dekat di hati peminat.

“Lagu-lagu mereka memang penuh memori. Ramai yang guna lagu Ungu untuk momen penting dalam hidup. Saya sendiri pun sangat dekat dengan lagu mereka,” katanya.

Kolaborasi Yang Dinanti Peminat

Pengarah Konsert daripada COMs. Creative Studio, Zairul Addry Helmy, berkata gandingan Marsha dan Ungu dijangka menjadi antara momen paling dinanti pada malam konsert tersebut.

“Marsha memang ada kekuatan emosi dalam persembahan. Kami yakin kolaborasi ini akan jadi antara highlight utama konsert,” katanya.

Beliau turut mengingatkan peminat agar mendapatkan tiket lebih awal kerana sambutan yang sangat menggalakkan.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

SOUNDSTAGE Himpunkan NIDJI, Hujan, Midnight Fusic, Dukes Dan Empty Page