in

Wyndham Ion Majestic Hotel Sertai Everse 2026 Dengan Pakej Rockstar RM488!

Pengunjung Everse 2026 bakal merasai pengalaman seolah-olah berada di Genting Highlands apabila Wyndham Ion Majestic Hotel dan 1001 Nights Hotel menyertai acara berkenaan menerusi pelbagai aktiviti interaktif serta tawaran eksklusif.

Berlangsung pada 18 dan 19 Julai di Hextar World, Empire City, penyertaan hotel di bawah NCT Group itu bukan sahaja menambah kemeriahan acara, malah memberi peluang kepada pengunjung mengenali destinasi percutian tanah tinggi dengan cara yang lebih santai dan menyeronokkan.

BUZZ RINGKAS
SIAPA
Wyndham Ion Majestic Hotel dan 1001 Nights Hotel.

APA
Menyertai Everse 2026 dengan membawa pengalaman Genting Highlands menerusi pelbagai aktiviti interaktif.

BILA
18 hingga 19 Julai 2026.

DI MANA
Hextar World, Empire City.

KENAPA
Memperkenalkan tarikan hotel serta menawarkan promosi eksklusif kepada pengunjung Everse 2026.
Hotel Wyndham Ion Majestic dan Hotel 1001 Nights, yang terletak dalam pembangunan bersepadu utama Grand Ion Majestic milik Kumpulan NCT, merupakan antara destinasi hospitaliti yang berada pada altitud tertinggi di Genting Highlands.

Pelbagai Aktiviti Menanti Pengunjung

Sepanjang dua hari acara, orang ramai boleh mengunjungi reruai Wyndham Ion Majestic Hotel yang menampilkan pelbagai aktiviti menarik seperti cabaran Guess the Destination, Mystery Box, serta sesi bergambar berlatarbelakangkan panorama Genting Highlands.

Pengunjung juga berpeluang mengenali lebih dekat tarikan utama hotel termasuk bilik bertema, dek pemerhatian, Edge Skywalk di Hoverland dan Hard Rock Cafe, sekali gus memberi gambaran sebenar pengalaman yang ditawarkan di Genting Highlands.

Pengunjung boleh menikmati pemandangan panorama yang memukau dari Edge Skywalk di Hoverland, salah satu tarikan ikonik yang menjadi kebanggaan Grand Ion Majestic.

Pakej Penginapan Eksklusif RM488

Lebih menarik, pengunjung Everse 2026 turut boleh mendapatkan Rockstar Stay Package pada harga istimewa RM488.

Pakej itu merangkumi penginapan satu malam untuk dua orang berserta sarapan pagi, set hidangan Hard Rock Cafe Genting Highlands untuk dua orang serta hadiah eksklusif Hard Rock Cafe.

Selain itu, setiap pengunjung akan menerima kad cop bagi menyertai cabutan bertuah Everse. Mereka yang berjaya melengkapkan tiga aktiviti di reruai Wyndham Ion Majestic Hotel turut akan menerima hadiah percuma.

Hard Rock Cafe Genting Highlands menggabungkan pengalaman menjamu selera yang ikonik, hiburan secara langsung serta suasana yang meriah, menjadikannya destinasi wajib dikunjungi di dalam hotel.

Bawa Pengalaman Genting Highlands Ke Pengunjung

Naib Presiden Eksekutif Ion Majestic Hospitality Sdn. Bhd. dan Strategi Korporat serta Pembangunan Perniagaan NCT Group, Tee Yih Fung berkata, penyertaan itu memberi peluang kepada orang ramai mengenali keunikan hotel berkenaan dengan lebih dekat.

“Hospitaliti adalah tentang mencipta pengalaman yang bermakna. Di Everse, kami mahu memberi gambaran mengapa Wyndham Ion Majestic Hotel dan 1001 Nights Hotel menjadi destinasi yang wajib dikunjungi di Genting Highlands,” katanya.

Terletak kira-kira 6,000 kaki dari aras laut, Wyndham Ion Majestic Hotel dan 1001 Nights Hotel menawarkan pelbagai kemudahan termasuk kolam renang air panas, jambatan kaca, ruang acara serta panorama tanah tinggi yang memukau.

Dengan penyertaan ini, Everse 2026 bukan sahaja menjadi platform hiburan dan budaya belia, malah turut membuka peluang kepada pengunjung untuk merancang percutian mereka seterusnya ke Genting Highlands dengan lebih yakin dan teruja.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

“Sekarang Tinggal Saya Seorang…” – Ranisha Janji Bawa ‘Girl Power’ Setiap Minggu