in ,

Resorts World Genting Buka Galeri Imersif Pertama

Resorts World Genting (RWG) tampil dengan tarikan baharu apabila memperkenalkan Genting Guest Xperience Centre (GGXC), sebuah galeri imersif yang menggabungkan teknologi moden, sejarah dan penceritaan bagi membawa pengunjung menyelami perjalanan luar biasa Kumpulan Genting sejak penubuhannya.

Dibina di atas ruang seluas lebih 5,700 kaki persegi, GGXC menawarkan pengalaman interaktif yang bukan sahaja memaparkan sejarah syarikat, malah memperlihatkan visi masa depan serta pencapaian global Kumpulan Genting.

BUZZ RINGKAS

TARIKAN BAHARU
Genting Guest Xperience Centre (GGXC).

KONSEP
Galeri imersif berteknologi tinggi.

PENGALAMAN
Menggabungkan sejarah, inovasi dan penceritaan interaktif.

LOKASI
Resorts World Genting.

Jejak Sejarah Genting Dalam Cara Yang Berbeza

Pengalaman bermula di ruang sambutan yang menampilkan panel LED gergasi bersama Genting Intellectual Virtual Assistant (GIVA) sebelum pengunjung dibawa meneroka beberapa zon interaktif.

Antara tarikan utama ialah Clouds City, yang menggunakan teknologi projection mapping bagi memaparkan perjalanan menuju Genting Highlands, diikuti Legacy Lens yang membawa pengunjung mengenali kisah pengasas Genting, mendiang Tan Sri Lim Goh Tong.

Lebih menarik, pengunjung turut boleh melihat artifak asal seperti topi putih, tongkat dan batu asas milik beliau menerusi meja interaktif yang membolehkan setiap kisah diterokai hanya dengan sentuhan.

Teknologi Bertemu Warisan

Selain sejarah, GGXC turut mengetengahkan sumbangan Genting dalam bidang penyelidikan sains hayat, inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) serta komitmen terhadap kelestarian menerusi zon Glamour Walk.

Pengunjung juga boleh merakam gambar di dinding interaktif sebelum meneruskan pengalaman ke kapsul masa yang menyimpan mesej khas daripada Pengerusi Eksekutif Kumpulan Genting, Tan Sri Lim Kok Thay, untuk generasi masa depan.

Teater Imersif 180 Darjah Jadi Kemuncak

Kemuncak lawatan ialah Grand Finale Show, sebuah teater imersif 180 darjah yang menayangkan perjalanan global Kumpulan Genting serta sambutan ulang tahun ke-60 syarikat itu menerusi paparan visual berskala besar.

Selepas tayangan, pengunjung bebas meneroka paparan interaktif yang memperincikan pelbagai perniagaan di bawah Kumpulan Genting sebelum menamatkan lawatan di Partner Zone, yang mengetengahkan komitmen syarikat terhadap prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

Dibuka Kepada Orang Ramai

GGXC dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 6 petang kepada pengunjung berusia 13 tahun ke atas.

Lawatan boleh dibuat secara temu janji dengan tempahan sekurang-kurangnya sehari lebih awal, manakala kemasukan tanpa janji temu bergantung kepada kekosongan slot. Setiap sesi dihadkan kepada maksimum 15 orang bagi memastikan pengalaman yang lebih selesa dan interaktif.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

“Tanpa Mereka, Siapalah Saya” – Hussain Nekad ‘Puasa Durian’ Demi Peminat

Floor 88 Mengaum Di Singapura! Konsert Solo Pertama Oktober Ini