in ,

“Mak Saya Yang Bersuara, Bukan Saya” – Rieffa Buka Mulut Isu Dilabel Rohingya

Peserta Big Stage X Rocketfuel, Rieffa memilih untuk tidak melatah apabila berdepan pelbagai komen negatif di media sosial termasuk dakwaan yang mengaitkan dirinya dengan warga Rohingya.

Sebaliknya, Rieffa berkata dia menerima segala pandangan dengan hati terbuka, namun mengakui individu yang paling terkesan ialah ibunya, personaliti media sosial Ayu Kepoh.

BUZZ RINGKAS
JAWAB KECAMAN
Rieffa mengakui membaca komen netizen tetapi tidak mengambil hati.

IBU TAMPIL BERSUARA
Ayu Kepoh lebih terkesan dan mempertahankan anaknya, namun tidak menjejaskan Rieffa.

JELAS KETURUNAN
Rieffa berkata dia merupakan warganegara Malaysia dan mempunyai darah keturunan mamak.

TERUS POSITIF
Kecaman dijadikan pembakar semangat untuk terus berjaya.

Ayu Kepoh Lebih Terkesan

“Saya okey je. Apa-apa mak saya yang bersuara, bukan saya,” katanya.

Menurut Rieffa, ibunya sukar menerima tuduhan tersebut kerana sebagai seorang ibu, sudah tentu hatinya terguris apabila anak menjadi sasaran kecaman.

“Mak saya yang lahirkan saya. Bila orang cakap macam tu, mak saya memang kecewa. Nama pun Ayu Kepoh, mestilah dia akan bersuara,” katanya berseloroh.

Rieffa bagaimanapun menegaskan tindakan ibunya yang lantang bersuara itu tidak menjejaskan dirinya, malah dia memahami reaksi tersebut sebagai tanda kasih seorang ibu.

Terima Komen Sebagai Pembakar Semangat

Rieffa berkata dia tidak pernah menyimpan dendam terhadap individu yang meninggalkan komen negatif, malah menganggap semua kritikan sebagai pembakar semangat untuk terus memperbaiki diri.

“Saya okey je dengan komen tu. Saya ambil sebagai pembakar semangat. Saya tak rasa down pun,” katanya.

Tambahnya, dia juga memilih untuk memaafkan mereka yang melemparkan kata-kata negatif terhadap dirinya.

“Saya maafkan saja siapa yang cakap macam tu. Insya-Allah,” ujarnya.

Jelaskan Asal-Usul Keluarga

Mengulas dakwaan yang tular, Rieffa menjelaskan dia merupakan warganegara Malaysia dan mempunyai darah kacukan daripada sebelah arwah datuknya yang berketurunan mamak.

Katanya, perkara itu tidak pernah menjadi isu dalam keluarganya dan dia lebih selesa memberi tumpuan kepada pertandingan berbanding melayan kecaman di media sosial.

Fokus Bantu Keluarga

Walaupun namanya sering menjadi bualan netizen sejak menyertai Big Stage X Rocketfuel, Rieffa berkata fokus utamanya kekal sama iaitu memberikan persembahan terbaik setiap minggu.

Katanya, penyertaannya dalam pertandingan itu juga didorong oleh impian untuk membantu keluarga dan membanggakan kedua ibu bapanya.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Altimet Kembali Dengan “Pegang Tangan”

“Sampai Tak Boleh Bangun…” – Daniel Fong Diserang Influenza Di Set Drama